.

About


Assalammualaikum..

Nama saya irul. Itu nama yang orang panggil saya sejak saya kecik lagi. Agaknya nama ni la yang paling emak dan abah suka. Tu yang dia letak nama irul.

Saya membesar bersama dunia blog sejak tahun 2001. Di awal pengelibatan saya dalam penulisan blog, tulisan saya berkisar kepada tulisan mengarut. Biasalah, masa jiwang karat dulu-dulu, semua nak ditulis dalam blog.

Sekarang tulisan saya masih juga tulisan mengarut. Kalaupun ada yang macam boleh pakai tu kira kebetulan je la. 

Sebenarnya inilah blog yang paling lama saya pernah ada. Blog ngarut dolu-dolu telah saya padam dari lipatan sejarah. Begitu juga dengan blog berdomain sendiri erul.com yang banyak cerita tentang Internet Marketing telah terkubur bersama syarikat TNN hosting.

Masa tu saya tak tahu apa pun berkenaan hosting dan domain. Bila dah terkena macam tu, saya tanam azam untuk belajar lagi pasal wordpress.

Akhirnya saya telah berjaya membina beberapa buah blog berdomain sendiri dan berhostingkan wordpress. Namun, blog kenangan ini saya masih kekalkan di blogspot. Walaubagaimanapun, tawaran domain dot my percuma yang saya dapat tahun lepas saya gunakan sebaiknya. Maka wujudlah blog irul.my yang berpengkalan di blogspot.

Menulis dengan gaya sendiri adalah impian saya. Walaupun nampak macam dah lama menulis, tapi feel tu masih belum dapat. Saya masih belum putus asa mencuba. Mungkin satu hari nanti saya dapat jadi seorang penulis blog berjaya macam kak kujie.com, bro ilham denaihati.com, sifoo Kruger azmanishak.com, Bro Affan affanruslan.com, kak yan yanmieonline.com dan ramai lagi.