Blog

BSN BANK MENYUSAHKAN PELANGGAN

Mendidih darah bila berurusan dengan BSN. Setiap kali ada urusan, setiap kali tu juga ada masalah.

Tengok nombor giliran tu pun dah buat hati geram. Sampai beratus-ratus orang menunggu giliran. Kalau kaunyer banyak takpe, ni kaunter yang bukak cuma 2.

Bila sampai ke kaunter lain pulak ceritanya. Dah penat menunggu tu satu hal. Sampai-sampai bermacam kerenah kerani tu buat.

Urusannya cuma nak tukar kad yang dah expired. Biasalah pelanggan ni mana ada belajar macam-macam prosedur nak tukar kad. Lepas isi borang terusla ke kaunter.

Rupanya kena bawak salinan ic. Dah la tak diberitahu, sampai kaunter baru mereka nak bagitau. Apa lagi berapi la satu badan. Kalau nak perbaharui kad atm pun kena isi borang dan bagi salinan ic macam masa nak buat dulu, apa guna data lama? Tak boleh ke datang bawak ic dan kad atm expired tu, terus proses yang baru.

Prosedur pun tak jelas. Menyusahkan orang memang nombor 1. Konon la bank komuniti sangat. Pegi jahanam la BSN. Kalau ada peluang untuk hentikan semua urusan dengan BSN, sekarang juga akan diusahakan. Malas dah nak melayan kerenah bangang BSN tu.

SUP GEARBOX CINDAI BANDAR TUN RAZAK

Mabeles sup gearbox kat kedai ni. Dengan bau dan rasa yang menyentap jantung, peminat sup gearbox tak patut lepaskan peluang untuk makan kat sini.

Lokasinya di Bandar Tun Razak Cheras sebelah rukun tetangga betul-betul tepi padang. Saya sediakan koordinat untuk ke sini. Harap-harap dapat membantu para peminat sup gearbox. (N03′ 5.275″ E101′ 43.312″)

AMALAN 5S, KONSEP, PERLAKSANAAN DAN PENILAIAN

Amalan 5S


OBJEKTIF

  • Menyediakan syarikat untuk Amalan dan Perlaksanaan 5S
  • Membina Pelan Tindakan Amalan 5S
  • Memahami konsep dan kepentingan Amalan 5S dalam meningkatkan Kualiti dan Produktiviti di tempat kerja
  • Memulakan perubahan bagi meningkatkan mutu kerja syarikat
  • Melaksanakan Amalan 5S dengan Berkesan

 KANDUNGAN KURSUS
Kepentingan Produktiviti dan Kualiti

  • Bagaimana masa operasi ditentukan
  • 7 Jenis Pembaziran

Pendekatan Teknik KAIZEN

  • Apa itu teknik KAIZEN?
  • Aspek Persamaan pelbagai program peningkatan

Amalan 5S di dalam TQM

  • Pelbagai Program Peningkatan di tempat kerja
  • Pertindihan kawasan  pelbagai Program Peningkatan
  • Turutan yang dicadangkan bagi melaksanakan Program Peningkatan

Memahami Falsafah dan Kekuatan 5S

  • 5S menyumbang kearah Produktiviti, Kualiti, Kos, Penghantaran, Keselamatan dan Semangat
  • 4 Objektif Utama Program 5S
  • Definisi Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke
  • Contoh Amalan 5S yang lemah
  • Contoh Amalan 5S yang cemerlang
  • Strategi Tag-Merah (Red-Tag Strategy)
  • Contoh-contoh pembahagian barangan yang tidak diperlukan
  • 7 Prinsip Seiton
  • Contoh-contoh Piawai 5S di Pejabat dan Kilang

Impak 5S kepada Proses kerja (KPI)

  • Kuantitatif
  • Kualitatif
  • Petunjuk Budaya Kerja

Langkah-langkah Pelaksanaan Program 5S

  • 6 Langkah Pelan Induk 2 tahun untuk pelaksanaan 5S

Langkah 1. PersediaanLangkah 2. Pengumuman rasmi CEOLangkah 3. Pembersihan oleh semuaLangkah 4. Permulaan SeiriLangkah 5. Seiri, Seiton dan Seiso harianLangkah 6. Audit 5S berkalaPenilaian Keberkesanan Pelaksanaan  5S

  • Jenis-jenis Audit 5S
  • Contoh Kriteria Audit 5S

Empat Kunci Utama bagi Pelaksanaan 5S yang BerjayaKerja Kumpulan:

  • Pelan Tindakan bagi Pelaksanaan Amalan 5S
  • Kajian Kes bagi meningkatkan pemahaman konsep 5S