.

30 January 2015

Lebih Pakar Dari Pakar Bertauliah

0
Friday, January 30, 2015
Ini memang sifat semulajadi atau lebih tepat lagi Anugerah dari Allah kepada rakyat Malaysia. Masing-masing sangat pandai mengomen. Gaya cakapnya lebih pakar dari pakar. Kalah pakar yang turun padang buat research dan orang yang menghadap kes hari-hari. Dengan berbekalkan ilmu firasat bagai pak nujum dan sikit-sikit bahan bacaan google, cakapnya umpama dia saja yang betul.

Pelik, entah genetik mana meresap dalam badan kita ni. Langsung tak boleh terima pendapat orang, langsung tak boleh terima kenyataan. Cakap ahli terus ditentang, cakap kosong juga didengar. Hai la orang kita.

Aku pun risau la dengan perkembangan genatik manusia mutaakhir ni. Manusia yang tumbuh bagaikan ada unsur lain menjadikan perangainya sepelik ini. Orang cakap MH370 hilang dan diistiharkan semua penumpang mengalami kehilangan nyawa, ehhhh... Tak boleh terima pulak. DCA bukan cakap kosong. Dah melilau satu dunia dia cari, memang tak jumpa. Nak cakap apa lagi. Siap ada yang komen, dapatkan bukti MH370 terhempas baru boleh cakap kapal tu kemalangan.

Apa ni? Siap ada yang kata kapal tu kena sorok kat satu tempat.. Eh, yang tu pun kena la buktikan. Bukan cuma cakap je. Kalau kau boleh suruh orang yang mencari bagai nak gila tu tunjuk bukti dulu sebelum keluarkan kenyataan, abis tu ko cakap MH370 kena sorok ko tak perlu keluarkan bukti?

Apa punya pemikiran la macam ni. Bila tang orang nak bukti bagai, bila kena kat batang hidung sendiri takde pun nak tunjuk bukti. So, kalau tak boleh tunjuk bukti, sila terima pendapat orang yang berautoriti. Jangan jadi lebih pakar dari pakar ye!

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: