.

18 September 2014

Jety Tanjong Gemok Perlukan Perhatian

2
Thursday, September 18, 2014
Jety Tanjong Gemok yang terletak di daerah Rompin adalah jety untuk ke Pulau Tioman. Musim cuti sekolah macam ni, kesesakkan luar biasa berlaku. Feri seawal jam 6pagi menjadikan jety sangat sesak seawal pukul 5pagi.

Biasalah, orang Islam pagi-pagi mesti nak solat subuh. Apa yang sangat mengecewakan ialah kemudahan tempat solat yang sangat terhad. Ada hanya satu bilik solat yang cuma mampu memuatkan anggaran 10 orang. Subuh ni waktunya pendek. Andai la masuk waktu pukul 5:45pagi, dengan nak tunggu feri pukul 6pagi lagi, surau sebesar itu tak mampu menampung kebanjiran pengguna.

Kata duduk negara Islam. Kemudahan simple macam tu pun tak mampu nak dibaiki. Ingat yang nak datang Pulau Tioman ni cuma orang putih je ke?

Solat depan gerai yang belum dibuka.


Akhirnya aku dan ramai lagi orang Islam ambik inesiatif solat atas lantai. Belakang tong sampah, belakang kerusi, depan gerai yang belum bukak, atas kerusi dan macam-macam lagi tempat. Fenomena macam ni boleh mengundang pandangan negatif. Pusing-pusing, nama negara Islam ni jugak yang buruk.

Mungkin sebelum ni belum ada yang terfikir nak komplen atau dah ada aduan tapi belum ada tindakan. Aku berharap sangat, kerajaan Islam Pahang buat sesuatu. Ini pintu masuk utama kawasan pelancongan. Jangan bikin malu satu negara ea..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments: