.

02 August 2014

Terkilan Sangat Dengan Sikap Pemandu Malaysia Yang Suka Memotong Barisan

0
Saturday, August 02, 2014
Sapa la tu?
Bagi sesetengah orang mungkin tak kesah. Dalam keadaan jalan jem yang amat sangat, tetiba ada segolongan manusia tidak berotak memotong barisan ikut lorong kecemasan. Pada aku, itu satu perbuatan kurang ajar dan mementingkan diri sendiri.

Balik raya semalam macam tu jugak la. Berduyun-duyun manusia tanpa otak ni buat kerja gila mereka. Ok, selagi tak kena apa-apa, tak kena kat batang idung mereka, mungkin mereka masih berani buat macam ni. Tengok la satu masa nanti, akan terkena juga akhirnya.

Macam dia sorang je nak cepat. Orang lain juga nak cepat. Dah jalan Jem, sabar je. Memotong guna lorong kecemasan akan mengundang kemarahan. Percayalah, kalaupun sampai ke destinasi maki dan doa keburukan dah tentu dapat sebakul. Berbaloi ke? Kalau rasa berbaloi, silakan buat macam tu lagi.

Ada baiknya pihak polis saman pemandu tanpa otak macam ni. Bukan setakat RM300, RM3000 pun belum cukup untuk mengajar pemandu Malaysia ni berdisiplin. Tapi, kalau itulah bayaran yang diperlukan untuk mendidik bangsa yang suka mengamuk ni berdisiplin, apa salahnya kan?

Satu lagi perkara yang sangat best, semalam juga jpj invite sesapa ada gambar pemandu tanpa otak ni boleh buat aduan ke JPJ.



Ni pulak koleksi yang aku ada.


Satu lagi..


Cukup kot..

Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kalau la ada tulisan kat blog ni menyengol perasaan dan hati korang. Tak sikit, banyak mesti ada terasa kan?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: