.

03 June 2014

Untuk Mereka Yang Sudah Tidak Yakin dan Tidak Mengiktiraf JAKIM

8
Tuesday, June 03, 2014
Ini adalah peringatan untuk mereka yang sudah tidak yakin dan tidak mengiktiraf status JAKIM sebagai badan yang bertanggungjawab dalam bab Halal Dan Haram Makanan di  Malaysia.

Tanggungjawab itu sekarang telah terletak pada diri anda sendiri. Apabila memilih makanan di pasaran, status halal dan haram wajib kita pastikan dari awal sampai akhir.  Jika kita tidak mampu memastikan satu persatu, lalu termakan produk tidak halal, dosa itu tertanggung ke atas anda 100%.

Lepas ni anda tidak boleh menyalahkan sesiapa kalau termakan ayam tidak disembelih, ubat-ubatan yang dibuat daripada usus babi, restoran yang menyediakan makanan dicampur arak dan yang seumpama dengannya.

Anda memilih untuk bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi pikul lah tanggungjawab itu seperti anda berada di luar negara dalam menentukan kehalalan sesuatu produk.

JAKIM dan Kerajaan Malaysia audah pasti akan berlepas diri kepada mereka yang tidak lagi mengiktiraf mereka.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

8 comments:

  1. Replies
    1. Kita yakin, dalam masa yang sama kena juga proaktif.. Jadinya takde la was-was dalam pencarian makanan halal.

      Delete
  2. Pihak berwajib mempunyai tanggungjawabnya, dan kita juga ada tanggungjawab kita. Cuma ada loopholes yang perlu dibaiki sebagai contoh lalu, laporan makmal keluar bila produk sudah berada di pasaran dan pengesahan KKM pula lewat.

    My post:Cadbury dan Porcine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Tanggungjawab tu yang kita masih kurang ambil berat. Ramai pihak hanya tahu menyalahkan orang lain.

      Delete
  3. masih yakin dengan jakim.

    tapi bila dua badan penting beri kenyataan yg berlainan -- memang timbul perasaan syubhah. jadi saya mudah , jika ada rasa was-was, lebih baik tinggalkan. sekadar coklat je pun. bukan beras. banyak lagi coklat lain boleh dimakan. sedap juga. tanya iman -- mahu atau tidak aje tinggalkan. mencari yang halal itu dah tentu fardhu. wallahualam. sekadar pendapat peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. makanan ni bukan makanan asas. yang ada orang sampai nak saman menyaman ni sangat tak difahami. pasal makan rasuah yang dah confirm haram tu takde la pulak nak gegar bagai.

      Delete
  4. Semua gara-gara nak jadi info no satu utk rakyat..
    Skrg rakyat pun dah pening...
    Ikut pada diri sendiri... Aku still lai bergantun pada logo jakim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sebaiknya. takde la kita bersusah payah nak tentukan halal dari akar umbi.

      Delete