.

27 June 2014

Misi Mencari Sepeket Minyak Masak

1
Friday, June 27, 2014
Assalamualaikum, Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan menghirup udara hari ini. Segala puji hanya milik الله Tuhan Sekelian Alam. Banyakkan bersyukur kerana الله masih belum menarik nikmat yang diberikan kepada kita. Kalau ada pun nikmat yang ditarik sikit tu mungkin untuk menyedarkan kita tentang tanggungjawab yang mungkin kita terlupa laksanakan.

Disebabkan nikmat kecil yang ditarik itu, puaslah aku cari kedai untuk beli sepeket minyak masak untuk mengoreng keropok. Punya lah susah, hampir semua kedai runcit yang aku singgah kehabisan stok.

Entah betul-betul kehabisan stok atau disorok, wallahuaalam. Sekarang ni dah nak masuk bulan Ramadhan. Permintaan minyak masak tentu tinggi. Bulan depan dah raya pulak. Kebarangkalian untuk mereka sorok tu sangat tinggi. Bukan sekarang je perkara ni berlaku, hampir setiap kali ada event minyak masak mesti habis stok.

Sedih la macam ni. Minyak masak antara barang keperluan. Kalau habis atau tak cukup, pelik jugak. Malaysia bukannya pengimport kelapa sawit. Kalau pengimport logik juga la stok habis. Macam ada something wrong je.

Walau apa pun, dari segi positifnya ada juga kebaikkan minyak masak ni habis stok. Takde la hari-hari makan masakan berminyak. Boleh minimumkan menu berasaskan minyak. Baik untuk kesihatan.. Heheh... Baik la sangat..😝

Fikir positif je lah. Jangan pulak nanti ada yang bergaduh kat kedai runcit berebut minyak masak sudah.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment:

  1. esok lusa dah nak puasa abis la minyak diborong org..

    ReplyDelete