.

12 May 2014

Besar Sangatkah Panggilan Itu?

2
Monday, May 12, 2014
Dari sehari ke sehari, dari minggu ke minggu, sampailah saat ini kita semakin teruk. Kita dalam cerita ini termasuklah aku!

Hari Jumaat setiap minggu masa solat mesti ada bunyi deringan telefon. Solat 5 waktu biasa pun ada juga deringan masih didengar. Samada kita terlupa atau tak cakna, tak tau la. Tapi kenapa boleh lupa dan boleh tak cakna?

Besar sangatkah panggilan itu berbanding panggilan dari Allah?

Kalau main bola, kita tak pernah lupa matikan telefon. Kalau masuk meeting tak pernah kita onkan telefon. Tapi kenapa masuk masjid boleh lupa nak silenkan telefon? Cuba tengok orang main bola atas padang. Pernah tengok mereka berhenti kejap jawap telefon? Tak kan.. Malahan mereka boleh tinggal segala bagai gadjet tu di luar padang. Besar sangat ke darjat main bola dengan darjat solat?



Berkali diingatkan. Berbuih mulut imam. Beratus ribu habis buat iklan, tapi kita masih juga lupa, tak ingat dan tak cakna.

Orang yang menelefon juga satu hal. Macam tak ada masa lain nak telefon. Tengah-tengah hari waktu solat Jumaat pun masih menelefon. Tak tahu ke itu waktu semua orang pegi solat Jumaat. Owh.. mungkin itu panggilan dari Uganda. Mereka tak solat Jumaat waktu tu.

Membuat panggilan juga kena pandai pilih waktu. Bukan rasa nak telefon je terus dail nombor. Tengok juga waktunya. Waktu azan, waktu 30 minit lepas azan, tengah malam, lepas maghrib.. itu semua waktu-waktu tak sesuai untuk berurusan di telefon. Kalau kita yang menelefon pun boleh berfikir, takde lagi la deringan telefon masa tengah solat berjemaah.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments: