.

05 April 2014

Mudahnya Hidup, Ambik Je Air Di Masjid

6
Saturday, April 05, 2014
Owh, catuan air sudah di peringkat kritikal. Sekarang sudah masuk peringkat ke 4. Ada banyak kawasan yang terlibat sama kali ini. Masa catuan air peringkat ketiga haritu cuma beberapa kawasan je terjejas. Masjid Muadz bin Jabal kat Setiawangsa tu juga tak terjejas. Akibatnya, ramailah orang di kawasan sekitar menumpang mandi.

Gambar Hiasan


Sekarang ni Masjid juga dah termasuk dalam senarai kawasan catuan. Entahla, mungkin sebab hujan yang turun 3-4 hari ni tak masuk dalam empangan, jadi catuan diteruskan. Ataupun mungkin ada masalah lain yang tak diketahui menyebabkan bertambah besar kawasan catuan yang terlibat.

Pasal catuan ni aku takdela nak heran sangat. Sudah lebih sebulan kawansan aku ni dicatu. Alah bisa tegal biasa.

Tadi dekat masjid ditampal notis besar papan kenyataan. "Dilarang mengambil air di Masjid. MMBJ termasuk dalam kawasan terlibat dengan catuan air". Nah! sama-sama kita rasa. Sebelum ni, masa belum terlibat dengan catuan, ramai je orang mandi-manda kat Masjid.

Nak mandi-manda takpe. Yang herannya, lepas jemaah siap solat subuh, ramai pulak orang masuk kawasan masjid dengan bertowel. Takde adab betul! Kan lebih elok sebelum masuk waktu subuh. Lepas mandi, sama-sama la solat berjemaah. Barulah ada hikmah catuan air ni. Bukan cuma jadikan masjid tempat mandi, tempat berak kencing je.

Lepas ni kalau masih ada juga yang buat macam tu mau kena luku dengan imam. Air kat masjid tu untuk jemaah ambik wuduk je. Itu pun mungkin tak cukup. Kalau ada yang nak buat hal gi ambik air kat masjid, memang dajal sungguh la orang itu.

Kita ni nak senang je hidup kan? Kadang-kadang tu tak fikir pun orang lain. Dalam keadaan terdesak ni, diri sendiri diutamakan. Orang lain pi mampus. Kalau macam tu la pegangan hidup kita, nampaknya memang layak la Allah bagi bala macam ni. Fikirkanlah nasib orang lain sama. Dah la hidup jarang ke Masjid. Bila ada masalah, mempergunakan pulak masjid untuk kepentingan peribadi.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

6 comments:

  1. tak sesuai ambil air kat masjid, oang lain nak berwuduk susah kalau dah habis. pentingkan diri sendiri lah kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tak kena catu haritu takpe la. Masa tu pihak masjid pun faham orang tengah kesusahan. Jadi takde la pihak masjid ambik peduli sangat. Tapi bila ada yg datang pakai seluar pendek, tak tutup aurat, berkemban, lepas subuh plak tu.. tu yang ada bunyi tu.

      Delete
  2. Alahai.. sampai macam tu ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la ragam orang yang tengah ditimpa musibah.

      Delete
  3. Emm pulak dah...sekarang merasa lah sama-sama..sampai ke hari ni masih catuan air lagi ke bro?

    ReplyDelete
  4. kem dưỡng trắng da skinfoodBạn có thể dễ dàng tìm kiếm
    kem dưỡng da ban đêm skinfoodđáp án cho các câu hỏi
    kem dưỡng da skinfood loại nào tốttrên ngay tại MegaVita.
    kem dưỡng trắng da mặt skinfoodThật vậy, tất cả các loại
    kem dưỡng ẩm da mặt skinfoodkem trị mụn hiệu quả nhất,
    kem dưỡng trắng da toàn thân skinfoodđiều trị cả 3 tình trạng mụn nhẹ,
    kem dưỡng ẩm cho da dầu skinfoodCác loại kem trị mụn tốt nhất này
    cách làm dầu bưởi tại nhàHiện nay tinh dầu bưởi được bày bán rất nhiều trên thị trường với nhiều mức giá khác nhau.
    cách làm tinh dầu bưởi tại nhàCũng giống như tinh dầu hoa bưởi thì tinh dầu bưởi có tác dụng và khả năng làm đẹp rất hiệu quả
    cách làm tinh dầu bưởiĐây là một trong những nguyên liệu quan trọng tỏng việc làm trắng da và trị các hiện tượng liên quan đến da nhờ chất kháng khuẩn và chống lão hóa có trong vỏ bưởi.
    tinh dầu bưởi nguyên chấtTinh dầu bưởi nguyên chất tại nhà cũng là bài thuốc được ông bà xưa sử dụng để điều trị bệnh lang ben và mụn trứng cá rất hiệu nghiệm.

    ReplyDelete