.

01 April 2014

Blog Berita Tumbuh Bagai Cendawan Lepas Hujan

15
Tuesday, April 01, 2014
Baru je aku merasa ketenangan maksimum selepas keluar dari ceruk hutan haritu. Pagi tadi masa nak ke tempat kerja, aku terdengar berita dari radio. Perh.. memang serabut kepala memikirkan cerita-cerita dalam dunia ni. Makin mengarut dan makin mencarut.

Dalam facebook, twitter dan blog pulak macam-macam cerita ada. Aku pelik la, sekarang ni ramai pulak blogger... eh bukan blogger... tapi manusia yang gunakan medium blog untuk tulis macam-macam berita. Semua pencerita tu guna la domain seakan-akan akhbar harian yang ada ni. Cuma bezanya, mereka ni berplatformkan blogspot.

Best ke jadi reporter? Best ke buat blog berita? Agak-agak bila korang tulis berita tu, ada yang nak percaya ke? Kalau cuma sekadar nak gebang lebih, buang masa je la. Baik tulis artikel buat duit macam blogger-blogger yang punya income ribu-ribu tu. Mengarut pun tapi duit hari-hari masuk. Orang pun takde la sakit mata baca entry ngarut dia berbanding baca berita tak tau sumber yang korang tulis tu.

Yang lagi bengkek tu, semua berita sampah tu macam sama je. Blog ni cerita macam ni, blog nu cerita macam nu, cuma ada la tokok tambah sikit bagi penyedap rasa. Nak kata dia berada di tempat kejadian, sah la tidak. Tapi, cerita dia macam la dia tu mangsa kejadian. Hehehe.. kelakar beb!

Berita-berita dari CNN, AFP, TV3, Awani pun orang dah susah nak percaya, inikan pulak cuma tulisan dari entah sapa, entah mana sumber dia ambik.

Cerita pasal CNN, AFP, Daily Mail dan media antarabangsa ni, aku pun ada jugak nak tergelak besar. Sekarang ni dah heboh kata mereka saja buat berita nak memburuk-burukkan Malaysia. Alaaa ni isu pasal MH370 yang hilang tu la. Kan berita antarabangsa cerita yang bukan-bukan. Jadi, ada la orang-orang berkenaan yang terasa hati. Maka, gempar la satu Malaya kat mereka tu buat cerita buhong.

Terkejut ke?

Aik, dah kena kat batang hidung sendiri baru nak kata depa pembuhong! Bukanke selama ni, berita dari depa la hangpa ambik buat rujukan. Malahan ada yang percaya bulat-bulat apa saja yang mereka beritakan. Sampaikan sesama Islam kat Afganistan, Syria, Palestin pun hangpa kata teroris. Percaya bulat-bulat lalu label la orang Islam ni ikut label mereka. Sekarang kenapa taknak percaya pulak?

Okeh, biarkan mereka buat cerita-cerita mengarut. Kita yang ada akal jangan malas baca. Boleh baca, percaya nanti dulu. Kengkadang itu juga boleh jadi sumber hiburan selain dari melayan snorkeling kat Pulau Pangkor.. Hehehe.


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

15 comments:

  1. Selidik dahulu berita yang ingin disampaikan, jangan sampai berita yang ditulis membawa fitnah kepada orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kengkadang mereka bukan hirau pun pasal fitnah ke tidak.. kesian kesian kesian..

      Delete
  2. Banyak sangat blog macam ni sekarang. Yang paling tak suka adalah bila blog copy paste..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copypaste la senang.. Mungkin nak cepat popular tanpa guna otak.

      Delete
  3. kalau berita dari luar lebih berniat nak burukkan malaysia memang kadang-kadang buat kita marah, kita nakkan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terbukti mereka berniat buruk, memang semua akan marah. Kadang2 benda yang betul pun kalau kita rasa tak sesuai dibicarakn oleh mereka, kita boleh marah..

      Delete
  4. ramai buat cerita bohong semata-mata nak kejar trafik. tapi satu mereka silap, VALUE artikel tu sendiri sebenarnya menjatuhkan imej blog tersebut. takan tahan lama kalau blog berita dengan artikel macam gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap kita yg suka membaca dan suka share tanpa usul periksa ni pun satu hal jugak.

      Delete
  5. senang jer sekarang nih.. copy and paste jer... edit2 sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja senang sapa taknak kan? Populariti la akan jatuh. Buat penat je menulis.. opss! copypaste n publish. hehe

      Delete
  6. Hmm.. ramai yg minat nak beri pendapat. It's ok lah. Kita yg baca lah kena pandai2 tapis dan research sendiri. Tak leh mudah percaya gitu-gitu jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pendapat tu boleh lagi diterima. tapi ni satu spekulasi tanpa ada mana-mana bukti. semua berdasarkan kepada pak sedara dia cakap, awek dia kata, boyfren kawan isteri dia cakap. hish.. kan pelik macam tu.

      Delete
  7. Banyak sangat blog2 macam ni muncul sekarang ni. Misi utama nak dapatkan income. Tak fikir dah pasal etika

    ReplyDelete
  8. Haha..macam-macam hal lah kan?sabar aje la...

    ReplyDelete