.

31 March 2014

Refresh Energy Dengan Teambuilding Di Dusun Eco Resort

5
Monday, March 31, 2014
Sudah menjadi trend sekarang ni company-company akan menghantar staffnya pergi teambuilding. Ingatkan budak-budak sekolah je yang perlukan motivasi macam tu, tapi manafaat lebih besar akan diperolehi untuk pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Segala stress kerja dapat dibuang jauh-jauh. Bila balik, sure semangat bekerja akan refresh semula macam masa mula-mula kita masuk kerja dulu.

Matlamat utamanya adalah refresh kembali energy bekerja disamping merapatkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota organisasi. Gembira sungguh aku bila dapat berkumpul dengan kengkawan sekerja. Walaupun bukan satu departnment, keakraban jelas ketara bila duduk bersama.

Naik lori masuk dalam. Bas dan kereta tak mampu masuk hutan.
Dengan suasana hutan yang tenang tanpa talian telefon dan internet betul-betul buat otak kita tenang. Baru la aku dapat rasa, hidup tanpa semua tu menenangkan. Tiada gangguan call dari bos, tanpa rasa nak update status fb, tanpa dapat berita yang bukan-bukan. Pendek kata, ketenangan sepanjang masa la. Sampaikan berita MH370 pun boleh aku lupa terus masa kat sana.

Tempat tinggal yang menenangkan. Tanpa aircond pun sejuk. Air paip terus dari sungai.

Perkara paling best diajar kepada kami semua ialah masa makan kena tunggu cukup 6 orang. Lepas tu masing-masing akan ambik peranan menjadi pelayan. Letak pinggan, masukkan nasi, masukkan lauk, tuangkan air. Itulah yang benar-benar membuatkan kami bertambah akrab. Sambil makan sambil mengorat.. hehehe. Lepas makan pinggan dan mangkuk basuh sendiri. Bila difikirkan semula, kat rumah pun jarang kita buat macam tu. Timbul azam lepas ni setiap kali lepas makan kat rumah, basuh pinggan sendiri. Mesti isteri tersenyum lebar.

Makan berhidang.
Sebenarnya setiap aktiviti di sini mendidik kita kearah kebaikkan. Paling penting adalah membentuk sifat kerjasama antara ahli pasukan. Bukan setakat di sini, ia juga dengan harapan akan dibawa ke tempat kerja dan dalam kehidupan seharian.

Aku taknak cerita la pasal aktiviti dalam dewan. Pastinya aktiviti macam budak-budak yang menyeronokkan. Kalau kita taknak jadi budak-budak memang tak jadi. Apa yang penting, kita heppi. Biarlah jadi budak-budak kejap. Buang title, buang jawatan, buang ego.

Jambatan Gantung- Gayat sehhh..

Aktiviti yang agak mencabar kat sini lalu jambatan gantung ni. Dah la cuma ada 3 cable je buat tempat kita pijak. Nak merangkak pun tak boleh. Nasib baik la jambatan gantung ni tak jauh. Lebih kurang 250m je. Lepas jumpa jambatan gantung, turun pulak naik flying fox. Satu lagi aktiviti mencabar jiwa.
Sampai juga ke hujung. Tengok laluan tu. Jalan atas seutas tali.
Bersiap-siap nak meluncur!
Seriusly, ini kali pertama aku naik flying fox. Rasa macam nak tertanggal isi perut. Kecut perut beb. Nasib baik la ada aweks ni.. Hehehe. Controll hendsome la pulak.
Controll Perut.
Sebenarnya ada beberapa lagi aktiviti yang agak mencabar. Main paintball dan berakit.. Cuma aku takde gambar je. Entah macam mana masa ni semua excited sangat berperang dan berlumba. Sampai terlupa nak ambik gambar. Stress sangat, sebab kami cuma ada masa 10 minit nak buat rakit dan berlumba. Kira hebat la, takde rakit karam.

Masa main paintball pulak, habis lebam-lebam badan aku kena tembak. Bila keluar gelanggang, ada pulak member tegur, ada darah meleleh kat tangan. Baru aku sedar, masa sibuk berguling tu, tangan luka.

Namun, semua kenangan ni sangat best. Rasa macam tak sabar nak mulakan kerja selepas 3 hari 2 malam di Dusun Eco Resort refresh otak.

Masa hari balik tu memasing masih sempat senyum.  Kenangan terindah yang tak mampu dipendam sorang-sorang.
Tak sabar jumpa anak isteri di rumah.


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

5 comments:

  1. Mmg bagus program & aktiviti mcm ni.. dpt pengalaman & ilmu. Semoga dpt bekerja dgn lebih bersemangat lagi ye.. all the best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. balik tempat kerja dengan semangat luar biasa.

      Delete
  2. memang best pn team building macam nie..selain release tension ianya mendidik kita untuk mempunyai sifat bersatu dan kerja berpasukan..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  3. Ohhh gayatnya naik jambatan gantung tu..pulak dah..kontrol perut dengan muka sekali la..haha

    ReplyDelete