.

19 March 2014

Percutian Bajet 2 Hari Di Pulau Pangkor

15
Wednesday, March 19, 2014
Masih cute walau dalam air

Snokerling adalah salah satu cara aku nak menghibur hati. Berminggu-minggu menghadap kerja kengkadang buat kepala jadi jem. Sampai satu tahap duduk kat tempat kerja hanya memerhatikan kerja yang bertimbun tanpa mampu buat apa-apa.

Pulau Pangkor tak la jauh dari KL. Cuma 3 jam je perjalanan ke Lumut.. Tak masuk naik feri 30minit lagi. Hehhehehe. kepala hotak sungguh! Selain daripada PD, Pangkor la yang boleh dikatakan dekat.

Untuk percutian bajet 2 hari 1 malam, rasanya sangat sesuai. Lagi-lagi kalau masih berdua macam aku. Sampai Pangkor terus sewa motor. Tak sampai pun RM50 untuk 2 hari tu. Jalan la sepuas-puasnya. Jangan lupa isi minyak sudah.

Ops! hujung minggu biasanya Pulau Pangkor penuh. Jadi tempah awal-awal. Seminggu awal pun ok. Time tak cuti sekolah, insyallah ada la tu. Tapi kalau musim cuti sekolah jangan harap nak dapat tempat.

Ok, aku cari port kat Teluk Nipah. Kat sini dah macam syurga dunia. Siangnya meriah, malamnya happening. Nak cari makan pun senang, nak cari tempat menginap pun senang. Aku bernasib baik, 1 malam dapat harga RM90 je. Condition bilik, ok la. Takde la teruk sangat.

Terapung


Boya kena penampaq tersadai jumpa masa round island




Aktiviti paling aku suka, berkayak. Ni faveret aku kat pulau-pulau yang cantik dan tenang. Tapi kali ni aku cuma round island, snokerling dan main jetski je. Dah nama pun percutian bajet, nak  buat aktiviti lebih-lebih memang takde la. Ketiga-tiga aktiviti tu tak sampai pun RM150 untuk 2 orang pasangan cute ni. 


ikan bakar menyelerakan

Dah habis aktiviti air, sebelah malam kena cari makan pulak. Kebanyakkan chelet memang sediakan makan malam. Tapi kalau nak lagi happening, makan la kat luar. Banyak pilihan istemewa menanti. Cuma sediakan duit je. Malam tu aku makan ikan bakar 2 ekor tak sampai RM50 pun. Kena pandai tawar menawar dan cari best offer.

Mungkin ini destinasi pertama cuti-cuti Malaysia tahun ni. Cuti sekolah bulan 5 nak ke Redang pulak. Masa tu mungkin bukan percutian bajet. Tapi bercutian terlebih bajet. Harap-harap la tak terlebih kan..




About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

15 comments:

  1. best snorkling tu....banyak ikan jinak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak bestnya. kat atas darat sure tak jumpa..

      Delete
  2. RM50 ? Tidur mana? Boleh terangkan lebih details semua kos bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidur kat pangkor indah beach resort bro. kos chalet RM90 + main2 & round island RM50 + Kos makan ++

      Delete
  3. Wah-wah...bila la turn saya nk kesini pulak ni..tak sabar nak rasai kenikmatan snorkeling..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujung minggu pun boleh datang bro.

      Delete
  4. tu dia..main dalam air la plakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tu.. atas darat semua penuh. dalam air pulak la.

      Delete
  5. memang best sangat cuti ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak bestnya.. dapat release tension bro.

      Delete
  6. lya aloha26 May, 2014

    Agak2 berapa ye total bajet until 2org?chalet kat mne tu yg rm50?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total bajet tak sampai pun 200. Cari chelet yg murah2 je. Kat teluk nipah tu memang ada chelet murah.

      Delete
  7. http://pangkorhomestay.webs.com
    http://m.facebook.com/profile.php?id=575840092435890

    http://princesshomestaytelukgedung.blogspot.com
    call sy utk booking homestay 0142512175. TQ

    ReplyDelete