.

13 March 2014

Luahan Rasa Pasal #MH370 Yang Hilang

4
Thursday, March 13, 2014
#DOABUATMH370

Assalammualaikum, sudah masuk hari ke 6 #MH370 hilang. Sampai sekarang belum ada tanda-tanda kemana dia pergi.  Ni entry pertama aku menyentuh isu ni. Setelah melihat banyak sangat status di media sosial dan kenyataan kondeman yang aku baca, barulah terbuka hati nak meluahkan rasa. Bukan nak kata korang salah, cuma nak meluahkan rasa. Korang boleh terima atau tidak, terpulanglah. Pada aku, apa cerita pun korang nak buat, selagi cerita tu tak menyebabkan kita tergelincir akidah, sudahla.


Ini jawapan aku untuk komplenan dan kondeman ke atas negaraku Malaysia tercinta. Sedih woo.. Bayangkan kawan-kawan kita yang tengah bertungkus lumus dalam misi menyelamat, tetiba ada langau-langau mengata. Kalau aku pun aku sakit hati. Nak tengok apa yang mereka kondem, tengok la dalam bolg-blog dan facebook orang gila tu sendiri. Malas aku nak bagi link kat sini. 

Jawapan untuk semua kondeman ni hanya 1.... 


Kita bukan 'pihak yang berkepentingn' untuk tahu secara detail teknikal operasi menyelamat dan keseluruhan kes. 'Tidak berkepentingan' maknanya, komplen ke, kondem ke, buat kenyataan mengarut ke, ada MAS DAN KERAJAAN kesah? Mereka sure tak ambik kesah pasal bunyi-bunyi langau. Buat penat je komplen dan buat kenyataan mengarut. Sebab tu la MAS cepat-cepat kumpulkan keluarga mangsa yang dirasakan lebih berkepentingan. Lepas tu, apa kita nak cakap, mereka tak kesah punya la.

Duduk diam-diam sambil berdoa dan muhasabah diri itu llebih baik. Takyah pecah kepala, pecah emosi dan takyah pecah tamadun memikirkan sangat kenapa kenapa dan kenapa mereka tak buat begitu dan begini. Ada segolongan manusia tu nampak macam lebih expert dari penyelamat-penyelamat tu punya andaian. Kalaulah berterusan macam ni, nampak la sangat kurangnya kecerdikan kita. Biar orang yang pakar bekerja.

Semoga keluarga mangsa tabah. Semoga kita yang duduk depan komputer ni tak gatal tangan sebarkan apa-apa spekulasi. 

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments:

  1. sama2 kita doakan MH370 ditemui kmbali

    ReplyDelete
  2. Emm pasal isu ni, banya dah saya dgr..sampaikan ada yang kata ada pihak tertentu sorokkan kapal untuk menutup isu yang bear baru2 ni..entah la..macam mana diorang fikir puntak tahu la..apa yang saya harapkan akan ada jawapan suatu hari nanti sekaligus akan menyangkal spekulasi segelintir pihak tertentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita memang suka berspekulasi. Bagus juga macam tu. Dapat jugak tengok pemikiran luar kotak.

      Delete