.

15 March 2014

Jadual Catuan Air Di Lembah Kelang Buat Pengguna Sedikit Lega

12
Saturday, March 15, 2014
Syabas dah activetekan plan catuan air peringkat ke-3. Rupa-rupanya ramai yang tak tahu dan mungkin taknak ambik tahu pasal catuan air ni. Bila nak berak takde air, barulah meroyan dalam facebook SYABAS. Apa jenis orang la macam tu.

Kenapa malas sangat nak baca announcement dalam web SYABAS tu? Ke saja buat-buat tak nampak. Rasanya dalam suratkhabar pun dah diberitahu jadual catuan air di kawasan Lembah Kelang kan? Mustahil la plan sebesar ini tak diberitahu.


Walaubagaimanapun, tak kurang juga yang bersyukur bila ada jadual catuan air ni. Mereka yang proaktif siap tampalkan notis dari SYABAS tu kat papan kenyataan kawasan perumahan dan Masjid-masjid kariah mereka.

Kalau tengok dalam jadual tu, catuan mengikut zon. Zon kat rumah aku ni adalah zon 1 daerah Gombak.
Jadual diwakili oleh warna hijau dan kuning. Warna hijau tu tanda 2 hari ada air dan warna kuning pulak tanda 2 hari ada air.

Camni ceritanya,

Dua hari yang ada air tu bermula pada pukul 1600 petang hari pertama dijadualkan ada air. Air akan diputuskan pada hari ke tiga, atau hari pertama dijadualkan tiada air jam 0900 pagi. Macam tu la seterusnya sampai 31Mac ni.

Doa-doa la hujan turun untuk memenuhkan empangan kita yang tengah kering kontang tu. Kalau nak maklumat lanjut beserta jadual lengkap, boleh download boleh tengok di sini.

Pelan Catuan Ketiga_versi 11



Jadilah orang yang rajin membaca dan tak kuat komplen..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

12 comments:

  1. Emm entah macam mana la kan diorang hadapi menda ni..mujurlah kat sini tiada masalah air..sekurang2nya jadual macam ni boleh alertkan pengguna..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni la bro. Kena redha dan sentiasa muhasabah diri. Kadang2 ujian tu akan buat kita lebih kreatif berfikir.

      Delete
  2. Yup ada hikmah juga apa yang berlaku...Moga Allah turunkan hujan untuk kita semua..keep praying..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah.. Doa itu jangan putus.

      Delete
  3. Semoga Allah swt menurunkah hujan & mengakhirkan ujian yg kita tanggung ini... aamiin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, syukur sgt2 hujan tak henti dari pagi tadi. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kat sini pun hujan. tapi takde la lebat. sekurang-kurangnya sejuk sikit bumi kita.

      Delete
  5. Dah mula hujan. InshaAllah semua akan kembali seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama-sama doakan yang terbaik.

      Delete
  6. So far area shah alam dah berair dah..walaupun jadual kena catu...alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan air lagi. Kot2 ada fasa 4. Selagi empangan masih kontang, selagi tu kena simpan air.

      Delete