.

16 March 2014

Bukan Susah Nak Jadi Glamour

13
Sunday, March 16, 2014
Bukan susah pun nak jadi glamour sekelip mata. Buat je perkara yang dirasakan sangat pelik tu kat depan wartawan. Bukan glamour dalam negara, satu dunia akan tahu. Nasib baik la tak kena troll dengan pakcik google. Kalau tak lagi glamour la.

Google belum buat lagi.
Nak jadi glamour ada 2 cara. Glamour dengan cara yang baik dan buat perkara yang buruk. Firaun glamour sebab kezaliman dia. Semua orang kenal. Macam tu juga dengan Abu Jahal, masyhur seluruh alam disebabkan kehebatannya menentang Nabi serta ketegarannya mempertahankan amalan khurafat di zaman jahiliah.

Sengaja disongsangkan.
Ada juga yang jadi glamour sebab kebaikkan dia. DS Najib sangat terkenal di serata dunia sebab sangat perihatin terhadap rakyat. Bukan susah pun, cuma umumkan harga ayam seringgit. Lepas tu tengok la, sana sini orang sanjung. 

Sekarang ni ramai sangat manusia berlumba-lumba nak jadi glamour sekelip mata. Aku teringat satu kesah masa team Malaysia nak lawan Vietnam dulu. Ada pulak manusia gila glamour ni offer nak bogel kalau Malaysia menang. Dalam sekelip mata, dia jadi glamour.

Sebagai blogger pun tak susah nak jadi glamour. Tulis la entry kontervesi, kejap je meletup. Silap haribulan kena saman 10juta. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Menang jadi jutawan, kalah papa kedana. Dua-dua pun glamour juga.

Kesimpulannya, tak susah nak jadi glamour. Cuma kita pilih la mana satu jalan nak jadi glamour. Semua tu tak salah. Bergantung kepada niat hati kita, kenapa nak sangat jadi glamour. 

Best sangat ke jadi glamour?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

13 comments:

  1. macam-maca cara ada untuk popular, cara baik atau sebaliknya, sendiri kena fikir dan ingat....heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya, ramai yang taknak fikir. main redah je.

      Delete
  2. perenggan ketiga sangat WIN...lol!

    ReplyDelete
  3. Bagus ke glamour macam ni? Huhuhu

    ReplyDelete
  4. sekali dia buat parody pramlee lah, harus kita buat majlis menampar dia,

    err ayam singgit, takde pong....:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la. Tapi cuma pada hari berkenaan je. Utk 1000 orang pertama je. Hahahaha

      Delete
  5. template ni cantik, try install baru2x ni, problem ape ntah, lpstu tukar...


    oh btw, klo nk glamor, g je sekolah or public, jerit2x sambil berlari mcm org gile, tu slh 1 cara nk cpt glamor hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada error, try cari kat html kod. Mungkin ada yang tak kena.

      Delete
  6. Biarlah dikenang untuk perkara yang baik-baik.

    ReplyDelete
  7. Mintak jauh la dari glamor macam ni..kalau macam ni lah..tak glamor pun tak apa..hehe

    ReplyDelete