.

14 March 2014

Air Semakin Kering

8
Friday, March 14, 2014

Bekalan air semakin halus. Sayup-sayup je tinggal dalam bekas simpanan tu. Petang ni sure habis.

Ya  Allah, kalau catuan air kali ni dipanjangkan sehari dua lagi, mungkin aku terpaksa balik kampung. Itu pun belum tentu kat kampung ada air.

Catuan air kali ni buat ramai manusia insaf. Aku sendiri rasa kelainan tu. Semacam Allah nak menegur kita sesuatu. Mungkin selama ni kita terlalu membazir. Bila mandi, 10minit shower tak tutup. Ambik wuduk, bukak sebesar-besar air.

Sedangkan waktu-waktu macam ni boleh pulak mandi guna 3 gayung. Ambik wuduk guna sekecil-kecil air dan sekali basuhan. Cebok guna sebotol air 500ml. Boleh pun buat.

Sebenarnya memang kita boleh guna air dengan jimat. Cuma bila nikmat yang ada tu tak disyukuri, macam ni la jadinya. Nice kan cara Allah ajar kita? Masa ni la aku kena belajar berjimat dengan lebih gigih. Tarbiah terus dari Allah buat hambaNya.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

8 comments:

  1. Betul tu...suka sangat membazir..xsedar air tu Allah yg hantar..bila Dia nak tarik kejap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang macam tu, selagi tak ada musibah selagi tu la kita lalai. Bagus juga ada catuan air ni kan..

      Delete
  2. salam jumaat..
    air kering kita cuma sedar bila sukatan kerajaan kata air bakal di satu sesuatu tempat. bila ada air kita suka membazirkan huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga apa yang terjadi menginsafkan semua.

      Delete
  3. Betul kata bro tu..bagi mereka yang sedar, bagus la..bagi yang tak sedarkan tu, memang susah..lepas ni, akan ada insan yang lebih cakna akan air..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga yang belum dicatu pun ambik iktibar.. :)

      Delete
  4. Dah hujan. Pasti air dah okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Selagi air kat empangan tak penuh, selagi tu masih ada catuan. lagipun, air daripada hujan masa musim kemarau ni kebanyakkannya pegi ke dalam tanah. Tak sempat masuk sungai dan empangan.

      Delete