.

06 January 2014

Terkejut Tengok Orang Mengeluh

4
Monday, January 06, 2014
Malam tadi haku ado maso sikit. Lepas magerib tengok la tv3. Lama dah tak tengok berita. Ada la dalam 4-5 taun. Ni pun nengok sebab baru beli tv baru LED 40inci. Kalau tak, tak hado nak nengoknye.



Awal-awal berita dah buat aku terkojut besar. Ramai makcik pakcik dan peniaga yang kena interview dengan wartawan merintih dan komplen harga ikan, sayur dan barangan kek pasar mahal melambong-lambong. Apo baru hari ni je ke harga mahal? Aku tak la biasa beli ikan kat pasar. Nak makan ikan aku mancing sendiri je. Jadi bila orang dok komplen harga mahal tu yang terkojut beruk tu.

Ala makcik, biarlah ikan tu naik harga. Kalau rasa nak makan ikan jugak mancing la macam haku ni. Aku paham duit tu banyak nak guna untuk bayar benda lain yang memang dah naik lama dah. Itu pun belum tambah cukai gst lagi. Jadi pakat-pakat la beli pancing. Mancing la kat longkang belakang rumah tu. 

Dulu dah dikoba oleh orang haluan kiri. Ramai jugak yang tak percaya. Jadi kito telan je la apa yang terjadi ni. Bak kata propesor tu, reset minda. Pikirkan yang positip-positip je. Tak payah nak merayu kat peniaga tu turunkan harga. Kang tak pasal-pasal halal darah tu kena tumpahkan. Tak pasal-pasal ado pakcik mendudo dek kerana makcik mintak kurangkan harga ikan kek pasar malam.

Selamat berjimat cermat. Banyakkan berpuasa macam puasanya Nabi Daud. 



About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments:

  1. Dah den kobakan dulu. Ekau taknak donga.... Kan dah terkojuik berok... hehehe

    Ok tak bahaso negoghi sombilan den ni haaaa..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar je.. percayanya tidak. Hahaha.

      Delete
  2. lain kali, pandai-pandai pilih joran dan pancing. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalhnya pancing orang taknak. nak ikan je.

      Delete