.

05 January 2014

Suasana Politik Malaysia Masih Tak Menentu

0
Sunday, January 05, 2014
Hari-hari berlalu pasca PRU 13 kelihatan tegang. Sana-sini cakap mesti berbaur politik. Sampai hal dalam spenda pun nak dikaitkan dengan politik. Seluruh hidup rakyat kini diselimuti politik sempit.

Apa sudah jadi? Tak mau buat kerja kah? Cuma tau salahkan orang. Itu tak betul, ini tak betul. Sipolan salah, sipolan tak reti buat kerja, sipolan bodoh, sipolan jahat. Aku betul, mesti pilih aku lagi sampai kiamat, akulah segala-galanya. Tanpa aku dunia ni tak aman, pokok pun tak mau tumbuh kalau bukan aku jadi pemimpin.

Macam tu la kalutnya suasana politik tanahairku tercinta. BOSAN!

Kita dah nak kiamat la. Kalau semua masih berbalah pasal politik, tak mustahil kita semua masuk neraka. Orang kita ni kalau berpolitik sanggup sanggah Allah. Tiada yang terkecuali daripada dipolitikkan. Allah pun sanggup dipolitikkan. Ada puak-puak mengaku politik ini jalan benar yang Allah redho. Entah mana wahyu dia dapat.

Solat pun seminggu sekali, puasa pun cuma depan orang, zakat pun kalau cuma ada liputan tv3, tolong orang susah pun cuma kalau nak pilihanraya, ada hati nak kata jalan yang diikut berlandaskan hukum Allah. Pirahhh..

Mungkin kita tak sedar lagi. Selagi tak ada sekelepuk taik kena kat kepala, selagi tu taknak sedar. Banyak dah kerosakkan di mukabumi ni sebab tangan dan mulut manusia. Nak tunggu sampai bila lagi kita jadi macam ni? Berbalah tak sudah. Menyalah tak sudah.

Kini masa untuk kita berubah. Biar politikus rakus tu bercakaran sampai kiamat. Kalau kita boleh tegur dengan cara tulis status kat fb, tulis.. kalau kita ada cara nak tegur dengan menulis blog, tulis.. kalau kita ada cara nak tegur dengan mulut, cakap.. Kalau ada kesempatan menegur dengan membaling kasut, silakan.. Kalau semua dah dibuat bagi menyedarkan politikus rakus menjadikan suasana politik tanahair tak menentu namun mereka masih tak berubah. Biarkan!

Kita yang jadi rakyat dan pengikut jangan pulak terikut-ikut. Ayuh kita bersatu membentuk benteng iman yang kuat. Supaya kita tak ditarik oleh pimpinan kita ke neraka bersama-samanya.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: