.

04 January 2014

Siapa Sebenarnya Penyebab Harga Barang Naik?

4
Saturday, January 04, 2014
Baru tiga hari masuk tahun baru. Sana sini orang sudah mula terasa bahang kepanasan. Jangkaan tahun sudah benar-benar berlaku. Harga barang naik gila babi. Melambung-lambung tanpa ada seorang pun yang mampu nak kawal.

Nak salahkan kerajaan ke? Pada dasarnya YA!. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, sebenarnya ada lagi pihak yang gila babi ambik untung. Golongan ni memang tak ada hati perut. Selalu ambik kesempatan.

Aku maksudkan peniaga. Ya.. semua peniaga yang tak berhati perut. Berhati busuk! Mereka ni la yang patut digelar penyangak. Dialah penambah derita rakyat macam aku.

Paling aku sedih bab letrik naik. Apa lagi yang korang nak kaut dari rakyat? Untung berjuta masih tak cukup nak suap kat tembolok korang? Dah la meniaga pakai duit rakyat. Untung ko kaut sorang-sorang. Alasan kos naik memang tak boleh pakai untuk ko menaikkan harga pada rakyat. Ko nak meniaga, pandai-pandai la urus duit yang rakyat bagi.

Sumber : Facebook Member


Bila bil letrik naik, kedai mamak, penjual berger tepi jalan, makcik minah jual cengkodok pun nak naikkan harga juga. Wei.. ni apa cerita nih. Kalau naik bil letrik pun, ko boleh tampung dengan matikan sebijik lampu atau sebijik aircond dalam kedai tu. Bukan dengan menaikkan harga makanan sampai tak masuk akal.

Bukan je penyangak duduk tepi jalan, dalam sekolah pun wujud penyangak jugak. Habis harga buku, harga pembaris, tambang van sekolah, harga makanan kat kantin naik melambung-lambung.

Kenapa aku kata golongan peniaga ni ambik kesempatan? Tengok je la masing-masing kaya raya. Kata kos pengeluaran naik, tapi lepas korang naikkan harga, masing-masing dok bejalan shopping kat luar negara. Kalau kata dengan menaikkan harga ko untung sikit, tak de la sampai joli katak. Sebenarnya saja ko nak naikkan harga sebab nak cepat kaya kan?  Itu tujuan utama ko menaikkan harga. Bukan nak tampung kos sangat pun. Lebih kepada nak kaut untung berlipat ganda.

So, sebenarnya sapa yang jadi penyebab barang naik? Kalau kerajaan naikkan harga, tapi kos tu ko serap sebijak mungkin, pasti rakyat tak rasa beban kenaikkan melampau-lampau macam ni. Tapi kalau dah hati busuk, saja nak kaut untung lebih, kerajaan tak naikkan harga pun ko tetap cari alasan nak naikkan harga.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments:

  1. Sepatutnya benda-benda yang menjadi keperluan asas seperti api(letrik), air, udara dan lain-lain lagitak boleh diperdagangkan kepada rakyat. Mungkin tak salah nak ambil keuntungan...tp dalam kadar yang amat kecil, bukannya yang begitu melampau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terfikir macam tu jugak. Maknanya perkhidmatan asas termasuklah kalau boleh perbankan, insuran dan benda wajib ada pada rakyat seeloknya dipegang oleh kerajaan sebagai satu perkhidmatan bukan berasaskan keuntungan semata-mata.

      Delete
  2. pehh..70 sen tu. gilalah mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal memang mahal. Sebenarnya memang golongan macam ni yang mencekik kita.. Pastu tuduh kerajaan yang naikkan harga. Pui.

      Delete