.

07 January 2014

Betul Ke Blogger Berpuak-Puak?

5
Tuesday, January 07, 2014
Entahlah, ada dengar orang cakap belakang kata blogger ni berpuak-puak ikut platform blogging. Kalau blogger tu menulis di platform wordpress depa akan layan blogger dari platform wordpress je. Macam tu gak kalau pakai blogspot, mereka cenderung untuk melayan kengkawan seangkatan jer.

Pengalaman aku sendiri dan melalui pemerhatian selama beberapa tahun macam tu la fenomenanya. Sapa nampak sebaliknya mungkin juga ada betul pandangan korang tu. Aku cuma pandang dari sudut pandang aku je.

Kalau tengok blog-blog berplatform blogspot yang banyak komen beratus-ratus satu entry, kebanyakkan dari mereka terdiri dari grup-grup blogspot gak. Paling sedih tu kawan yang tak komen guna profile blogger atau g+ tak dilayannyer. 

Satu lagi bab balas kunjungan dan tinggalkan komen. Memang sangat ketara. Ketara betul puaknya. Dengan geng-geng sama jenis, boleh la balas komen atau buat kunjung balas. Tapi kalau kawan tu baru komen lain pulak jenis blognya, takdenyer dia nak balas balik.

Emmm.. itu baru bab platform. Bab niche pun macam tu. Aku tak salahkan blogger dalam bab niche ni. Kebanyakkan blog berniche memang ada target pembaca sendiri. So tak salah la kalau pembaca dan pengomen pun dari mereka yang berminat dalam bidang yang sama. Kalau aku pun malas nak masuk campur kat blog politik. Semak kepala.

Dunia blogging ni dah besar. Macam-macam kerenah boleh kita jumpa. Selagi kita ada rasa, ada jiwa menulis dan membaca pendapat orang, ok la tu. Takmau la tacing-tacing sangat. Bukannya apa, betulkan semula niat korang yang dah terpesong tu. Kembalikan niat menulis tu ke landsan yang betul. Barulah tak ada sengketa dan rasa berpuak-puak kan..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

5 comments:

  1. aku lawat semua blog. Komen semua blog yang aku lawat melainkan diorang sendiri menyusahkan aku nak komen. takde hal sangat bagi aku,. cuma dalam skop buat duit yang lebih serius, memang aku kuat mencadangkan wordpress berbayar lebih sesuai untuk dapat duit lebih berbanding blogspot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diakui bro. Nak buat duit kalau kat blogspot silap2 google kuburkan blog.

      Delete
  2. Setiap orang ada pendapat tersendiri walau tak dapat diluahkan...

    ReplyDelete
  3. sokong titan.. tapi encik titan memang dah jauh dah berjalan kat blog orang hahah :)

    ~bumk

    ReplyDelete