.

09 November 2013

Writer's Block

5
Saturday, November 09, 2013
Bismillahirahmanirahim..

Writer's Block sering terjadi kepada penulis. Tak kira la menulis blog, buku, jurnal ataupun tesis. Kadang-kadang idea ada mencurah-curah, namun bila sampai di depan komputer semuanya berterabur ke laut.
Pic: http://theartsentrepreneur.com


Inilah yang saya alami.. Berbulan-bulan idea tak datang. Sebenarnya terlalu banyak rasa pahit dan manis yang nak dikongsikan. Namun tapisan dalam diri yang begitu kuat menyebabkan tiada idea tertulis di sini.

Writer's block terjadi diantaranya kerana beberapa sebab.

  1. Lama sangat meninggalkan blog tanpa diselenggara.
  2. Bosan dan hilang arah dalam penulisan.
  3. Kerja hakiki memerlukan komitmen yang lebih.
  4. Malas
Ini yang terjadi sebenarnya. Malas tu adalah punca utama. Kalau rajin dah hari-hari blog ni berupdate. Besarkan sangat malas tu, dah tentu la segala-galanya jadi gagal.

Korang pernah jugak ke mengalami situasi macam ni? Apa agaknya yang korang buat untuk menaikkan semangat untuk menulis lagi? Jom la kongsikan kat sini.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

5 comments:

  1. Memang selalu Irul....kalau tak de idea mulalah start merapu.....hehe....Entahlah apa yg buatkan semangat tu datang yeh...mungkin reader yg datang komen kot...itulah jadi pembakar semangatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Entry tanpa komen pun buat kita patah semangat

      Delete
  2. assalamualaiikum sahabat.
    saya juga pernah mengalami masalah yang sama, apa yang saya buat?
    sekadar perkongsian
    -

    1. dulu matlamat saya ingin mengejar trafik yang tinggi untuk blog
    sekarang saya tidak mengejar apa apa pengiklanan, saya lebih suka menulis tentang penulisan klasik

    2. saya selalu membawa nota kecil , saya tulis apa apa idea yang terlintas ketika itu beserta ringkasan kecil

    3. saya melawat blog blog yang menjadi sumber inspirasi untuk penulisan seterusnya

    4. banyak berjalan, idea datang lebih banyak disertakan sedikit pengetahuan

    5. saya mencari identiti sebenar kenapa saya pilih menjadi seorang blogger :)

    ReplyDelete