.

11 October 2013

Prepaid Lebih Berbaloi

2
Friday, October 11, 2013
Sudah lama tak menulis.. fuhhhhhh.. sambil meniup-niup sawang yang semakin berselerakkan. Saya nak cerita sikit pasal plan panggilan yang entah hapa-hapa dari syarikat telekomunikasi. Bila kita guna postpaid, rasa sangat dihargai. Terlalu banyak hidden cost yang terpaksa kita tanggung.

Sementelah itu, saya mula memikirkan solusi macam mana nak jimatkan duit belanja untuk telefon. Keutamaan saya adalah untuk sms, call dan whatsapp. Kalau nak update blog pun kat rumah dah ada unifi. Jadi plan postpaid nampaknya memang bukan pilihan.

Macam la baru nak memilih.. hehehe. Sebenarnya dah lama saya guna celcom business plan. Company yang bayar, so takde masalah. Tapi lepas elaun untuk telefon takde, saya mula la memikirkan semula untuk hanya menggunakan telefon bagi tujuan peribadi. No calling for kerja.

logo hotlink
Gambar dari : hotlink.com.my

Semak punya semak, baru-baru ni maxis ada keluarkan satu plan baru dinamakan #Hotlink. Menariknya ia memberikan internet excess percuma selagi masih aktif aka ada kredit. Walaupun tak laju, boleh la untuk whatsapp.

Dengan topup RM30 sebulan, saya rasa cukup berbaloi. Tak payah fikir lagi pasal bayaran untuk internet. Call pun 24sen seminit dan sms cuma 7sen. Memang berbaloi-baloi. Sebelum ni sms saya 15sen. Kan mahal tu.

Prepaid #Hotlink bagi saya memang berbaloi. Saya dapat jimatkan sehingga RM200 sebulan. Cuma yang menjadi persoalan, adakah plan ini akan berterusan atau akan berakhir satu masa nanti.

Apa pulak pandangan anda? Adakah plan dari syarikat lain yang dirasakan lebih berbaloi? Kalau ada lagi, jangan segan dan malu untuk kongsikan kat sini ye.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments:

  1. sekarang ini ada celcom 1malaysia kan? tetapi saya belum cuba lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. celcom 1Malaysia ni untuk internet je kan? celcom pun ok kalau ada plan free macam maxis..

      Delete