.

19 April 2013

Percubaan Mendapatkan Rahsia Peribadi

18
Friday, April 19, 2013
Tak beretika! itu gambaran pertama yang boleh dibuat kepada orang berkenaan. Mereka sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mengorek rahsia kita. Undi adalah rahsia, tapi kalau atas alasan Bancian Umum untuk mendapatkan rahisa itu, mesti ada yang terpedaya.

Bancian Umum Dari Nombor Tak Dikenali

Malam tadi saya, isteri dan beberapa orang kawan mendapat SMS. Kalau diperhatikan, ayat tu bermaksud engkau undi apa? Kan jelas, terang lagi nyata. 

Apa nak takut dengan kebangkitan rakyat? Kalau kalah pun jadilah pembangkang yang baik. Dan kalau menang pulak jadilah pemerintah yang adil. Tak payah la nak tanya pada rakyat. Tunggu je hari mengundi.

Saya khuatir, maklumat ini akan digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengugut rakyat jelata. Bukankah kita sudah mendaftarkan nama, nombor telefon dan kad pengenalan kita masa mendaftar line telefon dulu. Dari situlah nanti mereka akan dapat mengenalpasti apa pilihan kita berdasarkan jawapan yang mungkin kita terbagi.

Kalau yang menyalahgunakan itu pihak pemerintah yang ada kuasa. Bayangkan apa yang boleh mereka buat? Kilau kita tidak berpihak kepada mereka, tindakan balas dendam berkemungkinan boleh mereka buat. Macam-macam la tindakan. Kadang-kadang takterfikir dek akal yang waras.

Sesiapa yang dapat sms macam tu, tak payah la jawab. Sebelum apa-apa berlaku kepada kita, ada baiknya kita beringat.



About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

18 comments:

  1. Saya tak dapat SMS macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro dok johor ke? Rasanya ni utk pengundi di johor jo kot.

      Delete
  2. Agak bahaya ni..agaknya tak sabar tunggu hari pengundian kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Survey utk letakkan kenalpasti kekuatan parti. Takut dah letak calon tak menang, habis wang pertaruhan pulak. Bukan sikit, RM25000 tuuu..

      Delete
  3. Kita tunggu,siapa yang akan menang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunaikan tanggungjawab. pastu barulah tau sapa yg menang. kira kalau parti tu menang, anggap je la kita pangkah yang itu.. haahah

      Delete
  4. yeah hari inikan penamaan calon

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tunggu masa nak cat kuku pulak. selamat mengecat kuku.

      Delete
  5. Kalau reply, confirm nombor telefon kita akan mereka gunakan untuk spam sms kita pada masa akan datang. Memang tak perlu reply, lagipun undi adalah rahsia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak pernah bagi no pun dia dah spam camtu. kalau kita respond lagilah haru biru.

      Delete
  6. aku pun tak dapat. hehe..

    ReplyDelete
  7. Hahah...confirm macam hackers je ye.. tapi caranya tu tak cerdik betol. Setakat ni blm dapat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hari penamaan calon, mungkin takde kot. Kalau ada pun sms suruh sokong calon2 mereka.

      Delete
  8. saya dah dapat sekali ..tak suka laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah dapat berkali-kali. semua orang tak suka camni. naik fedap la.

      Delete
  9. akak pun dapat byk sms cammni.

    ReplyDelete