.

11 April 2013

Krisis Air di Kuala Lumpur Lagi

4
Thursday, April 11, 2013
Air oh air. Rupanya SYABAS tak ambil iktibar dari kejadian pam rosak haritu yang mengakibatkan krisis air di Kuala Lumpur hampir dua minggu. Pagi tadi masa nak mandi tetiba bukak shower tak ada air. Dalam hati mulalah berdetik, takkan jadi lagi masalah air. Takpe nasib baik air di tangki masih ada. Cukup ke untuk sehari? hehehe

Bila bukak twitter puspel, sah air takde. Kenyataan akhbar Puspel menyebut :

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. 

Ah! memang masalah bila tak ada air. Saya cuba bersabar. Cari air seluruh KL, namun dalam senarai kawasan yang terlibat hampir keseluruhan KL tak ada air. Macam mana nak mandi! Ceh! terpaksa bertayamum la nak solat camni.

Katanya lagi :

SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya.

Kalau ini macam, kena cuti dan balik kampung la. Mana tahan tak mandi seminggu. Satu lagi masalah timbul bila tak ada air ni, kedai makan pun tak bukak. Kedai Mamak pun tutup tau.

Time-time nak pilihan raya ni, dia buat hal lagi. Takkan nak kata air tak ada pulak. Dah sah-sah paip tu pecah. Tak ada plan tindakan yang terbaik ke? Kalau sehari nak betulkan paip tu boleh masuk akal lagi. Tapi kalau dah sampai 5 hari memang tak masuk akal.

Saya cuba hubungi talian bebas tol yang diberi 1800885252 untuk mintak bantuan. Malangnya masih belum berjaya. Fuhhhhh... sabo je la.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments:

  1. nk pilihanraya ni banyak lah masalahnye ye dok

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mungkin jugak.. macam2 cerita kat sini. ada yang kata paip pecah, ada yang kata sabotaj. entahla. Nasib baik dah ada air.

      Delete