.

28 April 2013

Blogger Jenis Apa?

10
Sunday, April 28, 2013
Orang nak menulis, kita pun nak menulis. Orang nak jadi blogger, kita pun sama. Masing-masing ada tujuan tersendiri untuk menulis.

Ada yang menulis sebab nama, ada yang menulis sebab nak meluahkan perasaan, ada yang menulis sebab nak sebarkan berita, ada yang menulis sebab diri sendiri dan ada yang menulis sebab orang pun ada.

Dalam menulis sesuatu kadang-kadang kita tak toleh kanan kiri. Main lepas je. Berita yang tak betul pun ditulis kalau ia memberikan trafik yang tinggi. Cerita artis dalam kelambu, owh... yang tu ramai sangat suka cerita.

Bila dah lama-lama lontarkan idea melalui tulisan ni, cuba semak semula apa yang selalu kita tuliskan. Merapu, berguna, fitnah atau sia-sia? Apa pulak yang selalu kita cuba sampaikan. Kalau banyak condem orang, banyak cerita gadjet, banyak cerita artis, banyak cerita politik atau banyak cerita pengajaran, nah.. itulah kepakaran anda.

Sekarang dah tahu anda blogger jenis apa?


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

10 comments:

  1. aku blogger merepek..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merepek asal tak menghina orang takpe bro.

      Delete
    2. oihh..tak baik hina orang..blogging untuk kebaikan..

      Delete
  2. saya blogger yang masih mencari rentak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari rentak, kena muhasabah diri. Cek kembali semua tulisan. Pasti akan jumpa.

      Delete
  3. saya blogger yang suka share apa yg rasa nak share... idea, makanan, travel, pengalaman, bisnes... semua ada dlm blog... blog saya blog caca merba... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah share pengalaman akak tu. Dapatlah org yg tak berpengalaman belajar sesuatu.

      Delete
  4. aku blogger jenis merapu.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau merapu tapi bro retis.. eheheheheh

      Delete