.

11 February 2013

Nota Buat Pemandu BMW Hitam JNL 80

2
Monday, February 11, 2013
Apa kaba sedara? Dah sampai ke destinasi yg dituju? Bukan main hebat sedara beraksi di lebuhraya PLUS ke selatan pagi tadi. Saya tidak kesah sapa sedara. Bos ke, menteri ke atau cuma seorang pemandu tua, perbuatan memandu secara bahaya itu salah. Ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sedara malahan orang lain juga.

Mungkin sedara tak perasan ada insan-insan yang gerun dengan gaya pemanduan sedara. Jalan dari KL ke Seremban tadi sangat sesak. Tapi heran juga ye, macam mana sedara boleh memotong, mencelah kiri kanan sambil menghidupkan lampu tinggi tanpa sedikit pun rasa bersalah. Orang lain pun nak cepat sampai juga.

Sedara, itu perbuatan orang sombong. BMW yang sedara pakai tu mungkin berharga 48 kali ganda Grand Lavina yang saya guna. Tapi itu bukan alasan untuk sedara menyakiti hati pengguna jalan raya lain.

Sedara nak tahu tak, berapa ramai orang yang terkejut sambil menekan emergency brake sebab pemanduan sedara tadi? Mungkin itu tidak penting bagi sedara. Tapi sedara kena ingat, setiap sumpahan pemandu sepanjang jalan akan menyebabkan sedara tak senang duduk.

Akhir kata buat sedara BMW JNL 80, usahlah terlalu sombong di atas muka bumi ini. Semua yang kita ada pada hari ini hanyalah pinjaman semata-mata. Jangan sampai semua pinjaman itu ditarik sekelip mata lantaran dari kegagalan kita menjaga harta pinjaman itu.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments:

  1. aku rasa sedara tu dah tak tahan sangat. sakit perut agaknya

    ReplyDelete