.

15 February 2013

Demam Selsema

4
Friday, February 15, 2013
Srot sret srot sret idung saya ni tak henti-henti berbunyi. Idung dah merah menyala. Tekak mula sakit-sakit. Kepala berdenyut-denyut. Suhu badan sekejap panas sekejap sejuk. Itu petanda penyakit demam selsema sudah datang. Bila demam ni semuanya serba tak kena.

Tiba-tiba je dia datang. Mungkin juga kesan dari tergolek dekat dalam bilik air hari Selasa lepas. Tulang belulang pun dah rasa macam nak tercabut ni. Harap-harap tiada apa-apa yang teruk terjadi.

Demam kalau hadir dengan selsema memang buat badan rasa tak selesa. Dua penyakit ni kalau datang bergandingan memang saya tak mampu nak buat apa-apa pun. Makan ubat ke, tak makan ubat ke macam tu la jugak. Kalau pegi klinik ni dah tentu habis duit. Baik minum madu je.

Harap-haraplah demam ni tak berpanjangan. Minggu depan ada kursus. Takut juga kalau-kalau terkena demam denggi yang membunuh tu. Ish... demam biasa pun boleh bawak maut. Bukitnya Allayarham Azli Paat tu meninggal sebab demam biasa je pun. Ya Allah selamatkanlah aku..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments: