.

25 January 2013

Salam Maulidur Rasul

0
Friday, January 25, 2013
Salam Maulidur Rasul,

Pengisian paling bermakna untuk sambutan kali ini cumalah perarakkan. Mungkin cuma itu satu-satunya cara yang kita tahu untuk sambut kelahiran Kekasih Allah ini.

Bagi yang memanafaatkan cuti Maulidurasul semalam dengan menuntut ilmu, menghadiri majlis memuji nabi, berselawat dan sebagainya Alhamdulillah.

Sepanjang bulan Rabiul Awwal ini sudah tentu banyak majlis-majlis Maulidurasul yang akan dibuat di masjid-masjid. Jangan lepaskan peluang menghadirinya.

Biarlah mereka yang nak bercakaran mengatakan sambutan ini tidak boleh, dan ada yang berkeras berkata ianya boleh, akhirnya tidak buat apa-apa. Alangkah ruginya mereka.

Kalau kita cinta Nabi, buatlah cara orang bercinta. Amalkan sunnahnya, buat segala apa yang diajarkannya dan meninggalkan apa yang ditegahnya.

Sumber :Zahirulonline.Blogspot.Com


Kenapa malu berjubah, sedangkan kita tidak segan silu memakai longsuite.
Kenapa malu berserban, sedangkan kita tidak malu memakai topi.

Tanda kita cinta Nabi selain dengan berselawat, kita kena tunjukkan juga dengan perbuatan. Apa-apa sunnah nabi yang kita buat, Insya Allah ada keberkatannya.

Salam maulidur Rasul..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: