.

30 January 2013

Pulang pulih seperti sediakala

2
Wednesday, January 30, 2013
Alhamdulillah,

Setelah blog ini down gara-gara Asiahost menukar server, hari ini ia kembali pulih. Ramai yang mengeluh dengan masalah yang melanda. Apa taknya, blog down sampai tiga hari. Kalau blog ni blog bisnes dah tentu pendapatan merundum.

Nasib baik jugalah saya belum sempat menukar semula alamat blog ni ke blogspot macam yang disarankan oleh kebanyakkan blogger. Kalau tidak satu kerja pulak nak setting balik.

Ada juga sahabat yang mengalami masalah yang sama. Mereka cadangkan untuk menukar dns di komputer kepada google dns 8.8.8.8. Tapi itu cuma penyelesaian untuk kita excess ke blog sendiri. Tapi orang lain? Takkan nak setting semata-mata nak buka blog kita. Tak praktikal kan?

Apa pun ianya dah berakhir. Nampaknya makin laju juga server sekarang ni. Berbaloi la menunggu berhari-hari. Terima kasih Asiahost.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments:

  1. Syukurlah ianya telah selesai =)
    Selamat blogging seperti biasa ya!

    ReplyDelete