.

10 January 2013

Pos Malaysia, Bisnes Carca Marba

4
Thursday, January 10, 2013

Pos Malaysia memulakan perkhidmatan sejak tahun 1800 lagi. Kira dia ni perkhidmatan paling tua di Malaysia berbanding syarikat kurier yang lain. Kalau dulu di pejabat pos cuma boleh bayar bil, beli setem dan hantar surat, sekarang macam-macam boleh buat.

Perkhidmatan yang pejabat pos sediakan termasuklah beli setem, pos surat, parcel, bayar bil, topup prepaid, stater pack prepaid broadband, insuran, tiket kapal terbang, renew lesen, JPJ, renew SSM dan yang terbaru ialah Al Rahnu@Pos. Kiranya boleh jadi one stop center la ni.

Sayang seribu kali sayang, walaupun perkhidmatan yang ditawarkan banyak tapi kaunter yang dibukak tak banyak. Paling hebat pun ada 3 kaunter. Macam mana la nak efektif. Pegawai di kaunter tu pun dah naik pening agaknya.

Konsep terbaru Pos Malaysia ni berubah lepas diambil oleh Syed Al Bukhari. Nampak benar carca marbanya. Kalau Pos Malaysia fokus pada satu core bisnes contohnya cuma khidmat hantar surat dan parcel, mungkin dah boleh kalahkan DHL. Tapi perkiraan orang bisnes ni lain macam sikit. Kalau boleh semua dia nak sapu. Mungkin tak lama lagi ada perkhidmatan teksi pulak dari Pos Malaysia.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

4 comments:

  1. Pemikiran orang bisnes sukar diduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukar. kadang-kadang tak terduga. ideanya gila tapi ada kemanisan dan kemasaman disebaliknya.

      Delete
  2. sikit..asal berkualiti perkhidmatannya..


    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak, tapi semua berkualiti lagi bagus.

      Delete