.

04 January 2013

Gigihnya Courts

10
Friday, January 04, 2013
Sumber: photo.isaactan.net
Sejak buat pembelian di Courts Setahun lalu, tidak putus-putus ajen jualan mereka menelefon saya mempromosikan produk lain. Ini rentetan dari pembayaran yang dikatakan sangat cantik telah saya buat sepanjang tahun lepas.

Bukan setakat telefon, malahan setiap minggu akan sampai surat mempromosikan barangan mereka agar saya sekali lagi terjebak dengan hutang.

Kalau tiada keperluan, saya tidak sekali-kali akan membeli di Courts. Tetapi kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya saya terjebak juga. Itu cerita setahun yang lalu. Namun kini...

Hutang yang ada saya langsaikan dengan segera. Tak sampai tempoh ditetapkan saya berjaya menyelesaikan hutang tersebut. Alhamdulillah.. Berhutang dengan niat untuk membayarnya Allah akan permudahkan.

Mungkin sebab itulah Courts berusaha mengikat saya dengan hutang. Minta maaflah Courts. Saya kurang berkeperluan untuk memiliki apa-apa barangan lagi. Segigih mana kalian mempromosikan kepada saya, segigih itulah juga saya akan pertahankan.

Petang tadi mereka menelefon. Kali ini seorang awek mencuba nasib. Dengan nada yang agak longlai saya menolak.

Tahniah Courts. Anda mempunyai staff yang tak jemu-jemu mempromosikan perniagaan kamu. Latih lagi staff-staff ini supaya bila bercakap dengan bakal pelanggan mereka akan terus terpikat nak membeli. Gigihnya Courts kan?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

10 comments:

  1. mereka memang gigih mencari keuntungan... sambil memasang jerat... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap jerat tak mengena orang lain pulak. sengsara beli dengan courts ni.

      Delete
  2. saya belum pernah membeli di Courts. mmg gigihkan usaha mereka utk terus memikat hati pelanggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum terjebak, baik hindarkan terus

      Delete
  3. yups
    tak suka beli dengan courts

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada kisah menarik nih.. hehe

      Delete
  4. hehee setakat ni aku tak pernah lagi membeli di courts

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. beringat sebelum kena.

      Delete
  5. Dulu masa mula-mula nak hidup, Courtlah pak sedara OKje...he..he... bolehlah dapat merasa...kalau tak nak cekau mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi intrest terlalu tinggi kan? rasa tak berbaloi la pulak. bila difikirkan semula memang rasa menyesal dan rugi sangat2.

      Delete