.

07 January 2013

Dunia Penulisan Kreatif Bergelora

10
Monday, January 07, 2013
Dalam dunia penulisan terutamanya penulisan kreatif, terdapat banyak mazhab yang mereka ikut. Masing-masing ada gaya penulisan tersendiri. Kepelbagaian gaya penulisan tidak salah, namun perkara yang tidak sedap didengar ialah mereka sering bertelingkah.

Cari sahaja di google menggunakan keyword penulisan kreatif, banyak komentar dapat kita baca. Setiap satunya menentang satu sama lain. Mereka tidak menjadikan perbezaan itu sebagai percambahan ilmu. Malah menganggap orang yang tidak mengikut mereka adalah salah.

Kecewa sangat dengan sikap seperti ini. Sepatutnya penulis muda dan penulis lama berganding bahu menghasilkan karya agung bangsa kita. Ini tidak. Masing-masing menyatakan apa yang dianutinya betul dan menyalahkan pengamal gaya tulisan lain.

Mungkin orang luar tidak nampak gelora tersebut. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri penulisan tanah air, ianya sangat ketara.

Sudah-sudahlah menegakkan pendirian masing-masing. Tulislah apa sahaja yang kamu suka berdasarkan mazhab yang kamu anuti. Tiada salahnya di pihak pembaca. Mereka hanya tahu menilai karya kalian berdasarkan apa yang mereka baca. Kalau menghiburkan dan memberi kesan di dalam jiwa mereka, kalian berjaya. Kalau karya kalian sedikit pembacanya, tahulah karya itu di mana tarafnya.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

10 comments:

  1. suka gaya penulisan anda.. setuju dengan pendapat yg dilontarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang tulisan saya merapu jugak kak.

      Delete
  2. kakak kadang ada juga yg syok sendiri..

    utk melihat kesilapan tu org lainlah kut menilainya..

    manusiakan mmg selalunya silap..

    ReplyDelete
  3. Yea, pelbagai bentuk penulisan boleh kita lihat tapi agak malang kalau penulisan yang 'sempoi' turut diaplikasi dalam konteks pembelajaran dan profesionalisma..

    ReplyDelete
  4. memang betul. boleh dikatakan setiap gaya penulisan ada peminatnya sendiri.

    ReplyDelete
  5. pada saya biar tulisan kita ada messege dan jangan bercanggah dengan syariat.

    ReplyDelete
  6. betul...tulis dgn menarik...pasti ada yg setia mengikuti.......

    ReplyDelete
  7. bersahaja nasihat yang cuba disampaikan tapi penuh makna :)

    ReplyDelete
  8. setiap org ade penulisan yg tersendiri..

    ReplyDelete
  9. wak pon X pandey tulis kreatif jugakkk.,UHuuu

    ReplyDelete