.

03 January 2013

Cerita Air Lagi

8
Thursday, January 03, 2013
Derita tanpa air semalam telah berakhir. Pukul 10 malam tadi air dah kembali pulih. Tapi berapa lama ia mampu bertahan tak dapat dipastikan. Bergantung kepada kecekapan pihak SYABAS menangani isu air yang berlaku.

Masa tak ada air semalam, suasana kawasan perumahan saya ni agak meriah. Orang ke sana-kesini mencari air. Ramai yang keluar bawak baldi dan tong. Saya sendiri pegi ke kedai nak beli air tapis. Malangnya kat kedai pun tak ada air. Memanglah.. dah satu kawasan tak ada air. Mana mungkin dia ada air kan.

Meredah malam nak makan nasi di warung tempat biasa kami makan. Tutup.. Jalan jauh sikit ke kedai mamak, juga tutup. Tak ada air memang boleh jadi darurat.

Saya ke Taman Melawati untuk mencari 5 litter air. Jauh tu.. nasib baik kat sana ada air. Harga 5 litter air RM1.00. Memang nampak murah. Cuma banyak tu je RM1.00 sedangkan apa yang saya guna di rumah percuma je.

Krisis ini benar-benar mengajar saya erti berjimat. Mandi dengan setengah baldi air. Boleh pun.. Kalau selama ni mandi guna shower, tapi mulai hari ini kena pastikan air dicatu.

Syukur dan banyak terima kasih kepada Kerajaan Selangor sebab bagi air percuma. Kalau air tak ada atau kena bayar dengan harga selitter seringgit, mau mandi seminggu sekali cam ni.

Hargailah air, bersyukurlah kerana kita masih ada air. Jangan nanti nikmat air Allah tarik dan kita sekali lagi akan derita.


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

8 comments:

  1. alhamduillah kat tmp aku semuanya masih terkawal.Kecekapan pengurusan sistem air yang diselia oleh pihak berwajib amatlah dihargai bagi keperluan pengguna.

    ReplyDelete
  2. Memang parah takda air ni. Kalau nak 'buang air' lagi rumit. Syukur la dah ada air kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak bersyukur. walau kawasan kita takde air tapi kawasan sebelah masih ada air lagi. terpaksalah menumpang membuang kat rumah akak di cheras.

      Delete
  3. Bersama kita hargai air =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beringat sebelum terlewat. kalau boleh di rumah letakkan satu tong air standby.

      Delete
  4. Teruk gak tu,bila air tak ada macam-macam kerja boleh tergendala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik hari biasa. Kalau hari minggu, kesian kat orang yang nak buat kenduri.

      Delete