.

31 December 2012

Detik Terakhir

2
Monday, December 31, 2012
Menjelang Asar 31 Disember 2012,
Hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur,
Sayu setiap hati yang merasainya,
Pilu seperti akan kehilangan sesuatu,
Ini siang terakhir,
Bukan pengakhir segala derita,
Bukan bermula secebis gembira,

Detik terakhir..
Dikenang sampai bila-bila,
Setahun terasa seminit cuma,
Pejam celik pejam celik tak sedar nombor berubah,
Masihkah kita leka?

Hari ini hari terakhir,
Mencari sisa azam yang belum selesai,
Malu mengungkap azam baru kepada teman,
Segan mengaku sudah selesai segala azam,
Pastinya detik terakhir ini sangat bermakna..
Bagi yang mahu menerima...

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments:

  1. sekejap je masa berlalu kan...
    selmat tahun bru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam baru semalam sambut tahun baru kat klcc.

      Delete