.

27 August 2012

Sedih Ramadhan Dah Pergi

0
Monday, August 27, 2012
Sedih tetekala takbir Syawal mula bergema. Masa tu aku berada dalam kereta. Perjalanan pulang ke kampung di Johor. Bukan kehadiran Syawal yang ditangisi, bukan pemergian Ramadhan ditangisi. Tetapi hati tersentuh dengan timbunan rahmat dari Yang Maha Esa. Sepanjang Ramadhan semuanya berjalan lancar. Tanpa ada sedikit gangguan pun terhadap diri dan isteri. Sehat dan berupaya melaksanakan perintahNya.

Saat ini, sudah masuk hari ke 9 Syawal. Tiada lagi gema takbir, tiada lagi solat terawih, tiada lagi penantian hari lebaran. Adakah ini Ramadhan terakhir? Aku pun tak pasti lagi. Sempatkah aku bertemu Ramadhan tahun depan. Ya Allah, andainya ini Ramadhan terakhir bagiku, terimalah segala amal kami. Panjangkanlah umur kami untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Kehadiran Syawal pula dipenuhi dengan aktiviti kunjung mengunjung di samping memohon kemafaan. Walaupun pada hakikatnya, kemaafan bukanlah hanya dipinta tetakala Syawal malahan ia wajib dipinta setiap hari. Tak apa lah.. daripada tak minta maaf langsung, elok juga mohon maaf sekarang. Ada sinar azam dalam hati, cuba memaafkan semua orang sebelum tidur. Indahnya kemaafan.

Hari-hari mendatang semakin hambar. Surau di kawasan perumahanku kosong tidak berpengunjung. Aku jadi sangat terkilan. Mana imam? Mana bilal? Mana AJK? semua sibuk dengan urusan dunianya sendiri. Termasuklah aku! Sudah tiada lagi kemeriahan solat subuh berjemaah. Sudah tiada lagi kemeriahan kiamulail setiap hujung minggu. Hambar, tawar, pudar.. terasa seperti tarbiah Ramadhan tidak berkesan langsung dihati kami.

Aku cuma mampu berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan mengimarahkan RumahNya. Janganlah Engkau jauhkan kami dari Rahmatmu ya ALlah...

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: