.

28 August 2012

Raya merdeka

0
Tuesday, August 28, 2012
Bulan kemerdekaan ada pulak sambutan hari raya. Oleh kerana raya dulu, aku namakan raya merdeka. Boleh tak? Hehehe boleh je kot.

Dalam kesibukkan menyambut Syawal, hari kemerdekaan disambut hambar. Sehambar temanya, janji ditepati. Apa kena mengena kenerdekaan dengan janji ditepati? Tak patriotik langsung.

Mungkin kehanbaran itu disebabkan oleh kebijaksanaan pemerintah memilih mempromosikan kempen politik dalam sambutan kemerdekaan. Kalau dilihat sekitar ibukota, berapa kerat sangat kereta yang kibarkan jalur gemilang. Tak ramai yang sanggup kibar bendera.

Pada aku kemerdekaan sebenar bukan terletak pada kibar bendera. Kemerdekaan sebenar ialah merdekakan pemikiran dari jajahan politik sempit pemerintah dan pembangkang. Bila kedua-duanya bertelagah dalam menyambut kemerdekaan, berpecah sesama sendiri pun tak guna.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: