.

31 August 2012

Merdeka!

0
Friday, August 31, 2012
Tahun ini sambut merdeka dengan banyak isu panas. Bermula dari tema, sampailah kepada sambutan di Dataran Merdeka dan Bukit Jalil. Langsung tiada pernyataan patriotik untuk sebuah negara Malaysia. Kibaran jalur gemilang kurang sangat dapat sambutan.

Tak cukup dengan itu. Logo sambutan juga jadi satu bahan jenaka. Tak masuk akal dan macam-macam anggapan buruk lagi. Kemudian timbul lagi isu lagu tema hari kemerdekaan yang mendesak rakyat ingat akan janji-janji politik sebuah parti. Lagu yang penuh dengan hasutan supaya membalas setiap budi yang ditaburkan kepada rakyat. Jauh dari menyemaikan rasa kecintaan kepada negara.

Bagi rakyat yang celik it, sudah tentu setiap apa yang cuba disampaikan bergerak dari jari ke jari dengan pantas. Tanpa batasan dan tanpa sekatan. Dalam masa yang sama penipuan demi penipuan dikesan oleh warga cyber. Lagu tema hari kemerdekaan terus masuk dalam sejarah dunia apabila mendapat dislike paling tinggi. Pun begitu, hamburan dari berita arus perdana terus mendendangkan lagu indah yang mengambarkan ramainya manusia suka.

Sedihnya kita bila hari kemerdekaan diperlakukan sedemikian rupa. Dalam perbarisan hari kemerdekaan ditonjolkan pelbagai aksi biadap belia terhadap sultan! Menari terkinja-kinja menunjukkan rendahnya akhlak kita semua. Adakah ini yang kita inginkan?

Justru satu persoalan untuk kita. Adakah kita sudah merdeka?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: