.

30 August 2012

Jerat Gadis Bawah Umur

0
Thursday, August 30, 2012
Seksyen 376 Kanun Keseksaan menyebut bahawa hukuman minimum jika mangsa di bawah umur 12 tahun adalah lima tahun penjara dan atau disebat, sama ada atau tidak, mangsa bersetuju dengan perbuatan itu.
Bagaimanapun, tidak ada hukuman minimum disediakan jika seseorang mangsa berumur di atas 12 tahun dan di bawah 16 tahun, dan telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan pesalah.

Awas wahai gadis di luar sana! Seumur kalian 13 tahun, tiada hukuman minimum untuk "perogol" kamu. Istilah rogol itu sendiri aku nampak dah macam salah je. Dengan keizinan, namanya bukan rogol tapi zina. Suka sama suka, kamu suka dia pun suka. Kenapa nak kata dia merogol kamu?

Bila dah zina dan termengandung, kenapa baru nak buat laporan polis? Lelaki itu tak bertanggungjawab ea? Tu la.. lain kali fikir bagi abis dulu. Jangan nak ingat sedap je tau. Buruk padahnya.

Ini satu amaran buat gadis-gadis. Memang undang-undang ada menyebut bahawa walau dengan kerelaan (suka sama suka) kamu yang berumur bawah 16 tahun melakukan zina (rogol), tetapi tiada hukuman minimum diperuntukan untuk kesalahan itu.

Maknanya di sini, si lelaki boleh terlepas dan bergembira dengan orang lain pulak. Gadis-gadis yang dah tak suci ni la akan jadi tohmahan orang. Korang sendirian akan menanggungnya.

Hati-hati ye..


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: