.

20 February 2012

Septkaemic Shock

0
Monday, February 20, 2012
Sumber : http://www.sepsiscast.com

Pagi ni dapat berita dari Admin. Seorang rakan meninggal dunia akibat Septkaemic Shock. Itu sahaja penjelasannya, tiada maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialami. Maklumat lain, beliau telah dikebumikan semalam.

Berbantukan pakcik google, saya mencari apakah Septkaemic Shock? Septkaemic Shock adalah satu keadaan serius yang berlaku apabila pesakit dijangkiti virus dalam darah lalu membawa kepada tekanan darah rendah yang mengancam nyawa.

Macam mana boleh berlaku? Bakteria boleh menjangkiti pesakit yang berada di hospital. Oleh kerana banyaknya bakteria di hospital, kebarangkalian untuk pesakit dijangkiti amat tinggi. Biasanya bakteria ini akan menyerang paru-paru dan saluran kencing.

Apabila bakteria masuk di dalam darah melalui luka kulit, infection mungkin berlaku pada organ dalam badan. Orang yang sihat biasanya mempunyai antibodi yang boleh membunuh bakteria ini, tapi berbeza dengan orang yang sakit.Sistem imune yang tidak kuat akan mengakibatkan bakteria boleh membiak dengan cepat.

Akibat dari pembiakan bakteria dalam darah ini akan menyebabkan beberapa organ dalam badan kita akan terganggu. Ini kerana bakteria ini akan menyebabkan darah kita mengandungi toksid. Keadaan ini akan mengurangkan tekanan darah.

Kegagalan darah bermakna, akan gagal sistem pengangkutan dalam badan bagi membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh badan kita. Akhirnya organ dalam badan seperti buah pinggang, jantung, hati dan otak akan gagal berfungsi.

Pesakit yang berisiko mengalami Septkaemic Shock ini ialah bayi yang baru lahir, warga emas, perempuan mengandung, orang yang sakit berpanjangan dan mereka yang mempunyai sistem imune yang rendah seperti pesakit HIV.

Tanda-tanda Septkaemic Shock

  • Suhu badan panas 38 darjah dan ke atas.
  • Suhu badan terlalu rendah 36 darjah dan kebawah.
  • Tekanan darah yang rendah terutama ketika berdiri.
  • Degupan jantung yang laju mendadak.
  • Pernafasan yang sangat laju.
  • Kulit menjadi kebiruan akibat darah tidak berjalan.
  • Berlaku keadaan kekeliruan yang tiba-tiba.
  • Penat dan lemah.

Jika terdapat tanda-tanda yang ditunjukkan di atas bersegeralah jumpa doktor. Septkaemic Shock boleh membawa maut macam kawan saya tu. Takziah dari saya sekeluarga untuk keluarga Allayarham Hamzah b Mahmud.

Rujukan :

1. http://www.nhs.uk/Conditions/Septic-shock
2. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000668.htm
3. http://www.gpnotebook.co.uk/simplepage.cfm?ID=483393568&linkID=30563&cook=no&mentor=1
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Septic_shock

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: