.

09 February 2012

Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

0
Thursday, February 09, 2012

Berblogging di tempat percuma memang banyak dugaannya. Bayangkanlah, 7 tahun berblogging tapi masih berada dirangking yang menyakitkan. Mungkin itu salah satu sebab dari beberapa sebab kenapa perlunya berblogging di tempat yang berbayar.

Sempena ulangtahun rakan blogger PengendaliBlog pada 21 February ni, beliau bermurah hati nak bagi hosting percuma selama dua tahun. Baik hati kan..

Kalaulah saya dipilih jadi pemenang :

1. Saya akan pindahkan blog kesayangan ini ke hosting percuma tu. Takut juga kalau-kalau blogspot tiba-tiba delete blog saya ni. Maklumlah tapak percuma. Authority 100% untuk dia buat apa saja. Jadi kalau letakkan di hosting berbayar, kurang sikit la risikonya.

2. Melaksanakan impaian yang selama ini belum tercapai. Apa impian saya tu? Saya nak buat satu liveblog. Buat liveblogging ni ada kepuasan tersendiri. Dengan kapasiti 1G yang diberikan selama dua tahun, cukup untuk simpan gambar kenang-kenangan.

Disebalik tabir Hadiah Hosting Percuma ni ialah Elfbytes Web Hosting. Malaysia Web Hosting ini semakin mencipta nama demi memberikan perkhidmatan terbaik buat blogger.

Jom dapatkan Hadiah Hosting Percuma dari PengendaliBlog sekarang. Syaratnya tak susah pun. Semudah A.B.C...

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: