.

11 February 2012

Layan Giveaway Dari Miecyber La Pulak

0
Saturday, February 11, 2012


Sebetulnya saya sedang seronok melayan giveaway dan peraduan yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Walaupun hadiahnya tak de la mahal sangat, tapi yang penting memeriahkan peraduan itu juga satu benda yang mahal.

Terbaru, Miecyber bermurah hati nak bagi sesuatu untuk rakan-rakan bloggernya. Peraduan yang dinamakan Giveaway Sulung Miecyber's Blog ini mempertaruhkan Top Up dari RM10 sampailah nilai RM30 beserta cenderahati. Menarik bukan?

Jom sertai giveaway ni sebab tarikh tutupnya 21 Februari 2012. Dah tak lama dah tu. Tapi masih sempat lagi.

Miecyber menggunakan platform blogspot untuk berblogging. Walaupun berdomainkan dot com, masih ada benda perlu diperbaiki. Contohnya toolbar kat bahagian atas. Kalau dapat dihiddenkan atau dibuang terus nampak lebih profesional.

Orang kata header sesebuah blog menjadi daya penarik untuk pembaca terus membaca. Blog Miecyber ada pakej itu. Cuma saya masih tercari-cari apa maksud ayat dalam bahasa Jepun untuk tagline miecyber tu. Kalau ada satu page untuk meicyber terangkan biodata diri dan blog cantik juga. Tak kenal maka tak cinta kan? 

Dari segi design, saya taknak komen apa-apa. Sebabnya design sesebuah blog adalah terlalu abstrak untuk dihuraikan. Masing-masing punya pandangan masing-masing. Abe Mie jangan marah ye dengan komen-komen yang saya berikan ni.

Saya cuma menulis sekadar untuk meluahkan rasa...




About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: