.

12 January 2012

Ejen Insurans

2
Thursday, January 12, 2012
Hampir setiap minggu saya dapat panggilan dari telemarketer. Mereka kebanyakkannya dari pelbagai syarikat. Paling kerap dari AIA dan ING insurans. Taktik biasa yang digunakan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Celcom, P1, Reades Diges, Astro dan syarika-syarikat yang pernah saya langgan perkhidmatannya.

Lepas memperkenalkan diri, macam biasa dia akan memberitahu saya, saya adalah pelanggan bertuah mereka dan diberikan keeistemewaan untuk mendapat perlindungan. Bla bla bla... Skrip yang sama dan sudah hampir saya hafal jalan ceritanya.

Mula-mula dulu saya layan. Mereka minta masa saya lima minit je. Tapi bila diberi betis mestilah peha yang dia mahu. Meleret-leret sempai sepuluh minit. Sapa yang tak hilang sabar. Pemutus kata saya, tak berminat la encik. Bila kata-kata tak minat keluar, banyak pulak songehnya. Ada lagi yang buat saya sangat marah bila mereka seolah-olah mengaku Tuhan. 

Ayat manis mereka buat saya takut. Kawan-kawan yang jadi ejen insurans tak payahla promot lebih-lebih dengan saya ye. Saya bukan tak minat. Tapi pendirian saya sagat ortodoks. Kalau berdebat saya sentiasa nak menang. Jadi jangan la promot lagi kat saya ye.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments: