.

03 January 2012

Biarkan Ia Berlalu

0
Tuesday, January 03, 2012
Biarkanlah ia berlalu. Jangan pandang-pandang lagi. Jangan dikenang lagi. Peristiwa lepas di tahun lepas cuma boleh dijadikan rujukan. Masuk je tahun baru 2012 mind set kena ubah. Tiada lagi malas-malas. Tiada lagi tangguh-tangguh. Bergerak dan terus bergerak.

Buanglah segala kenangan mengusik jiwa dulu-dulu. Kalau di simpan di dalam hati merana diri sendiri. 2011 juga takkan kembali der. Tahun-tahun akan datang terpaksa juga ditempuhi. Bila sentiasa mengenang kegagalan silam, bila masa kita nak memikirkan kejayaan akan datang?

Apa yang pastinya, semalam atau hari esok itu belum pasti. Paling pasti adalah hari ini, saat ini. Tak payah menunggu esok untuk berjaya. Tak payah tunggu esok untuk bahagia. Kita mulakan di sini. Hari ini, saat ini.

Salam sayang dari saya untuk semua. Selamat Tahun Baru 2012.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: