.

13 November 2011

Perubahan Dari Aku Ke Saya

1
Sunday, November 13, 2011
Apa tanggapan anda bila baca entri dulu dan entri sekarang? Dulu saya menggunakan Aku sebagai kata ganti diri. Kenapa perlukan perubahan? Bukankah saya nampak skema? Ye saya akui term saya memang agak skema. Perubahan juga boleh memotivasikan diri. Saya perlukan motivasi untuk menulis di blog ini. Sedikit perubahan yang besar maknanya.

Perubahan ini juga akan menampakkan saya lebih profesional. Profesional ke? Hehehe. Zaman IT dan zaman dunia tanpa sempadan memungkin segalanya. Bakal majikan, sahabat facebook, client dan sesiapa sahaja yang cuba mencari maklumat diri akan cuba mencari nama kita di internet. Oleh itu tulisan yang saya publish ini mencerminkan siapa saya juga. Pandangan pertama sangat penting. Itu yang akan membentuk persepsi diri. Bukan senang nak mengubah persepsi diri seseorang terhadap kita.

Sebagai langkah kehadapan dan memperbaiki tahap profesionalisma, saya dengan ini mengumumkan perubahan dari katagantidiri aku kepada saya. Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas ini.

Apakah katagantidiri yang anda gunakan sekarang? kita kongsikan pendapat kenapa dan mengapa gunakan kata ganti diri tersebut. Boleh kan?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment: