.

13 November 2011

Menulis Sekadar Meluahkan Rasa

2
Sunday, November 13, 2011
Blog ini mempunyai tagline "menulis sekadar meluahkan rasa" yang pada hemat saya bukanlah sesuatu yang asing. Semua blogger ingin menulis mengenai apa yang dirasakan. Berkongsi rasa dengan orang lain dapat mengelakkan diri daripada tertekan. Ini adalah cara yang sehat untuk melepaskan perkara yang terbuku di jiwa.

Walaubagaimanapun, batasan dalam penulisan tetap ada. Tidak semudah yang disangka. Tulis apa saja boleh membawa bencana besar kepada diri. Penapisan perlu dibuat supaya ia tidak menyentuh sensetiviti orang lain. Saya teringat kes terbaru MB Terengganu yang akan menyaman blogger yang didakwa telah memfitnahnya.

Banyak juga kes-kes blogger telah disaman. Kemenangan pada yang menyaman. Itu satu perkembangan yang kurang menyenangkan. Pepatah Melayu mengatakan akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. Perumpamaan itu memberikan ingatan jelas kepada blogger supaya tidak mengatakan perihal orang sesuka hati. Sentiasa menyemak tulisan sebelum melepaskannya.

Boleh kongsikan apa tagline blog anda di sini. Saja berkongsi tagline. Mungkin sedikit sebanyak akan memberikan idea kepada kawan-kawan yang masih buntu dalam mencari tagline.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

2 comments:

  1. tagline akak "berkongsi itu indah" sudah tentunya kita menulis untuk orang diluar sana membaca, bila ada yang sudi membaca apa yang kita kongsikan sudah tentunya ianya tersangat indah... selamat menyambut tahun baru 2013 cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik juga tagline tu kak. kongsi ilmu, kongsi keindahan.

      Selamat tahun baru juga. Moga perniagaan akak bertambah maju.

      Delete