.

17 July 2010

Fungsi Masjid Semakin Pulih

1
Saturday, July 17, 2010
Alhamdulillah,

Masjid yang suatu waktu dulu menjadi penggerak masyarakat kini nampak semakin positif berkembang. Memang tak dapat dinafikan ada satu zaman dimana masjid cuma boleh dijadikan tempat solat sahaja. Zaman itu dah semakin jauh dari kita nampaknya. Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya melihat fungsi masjid di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tempatku mencari sesuap nasi.

Semasa zaman Rasulullah, masjid menjadi pusat pentadbiran, aktiviti masyarakat dan aktiviti ilmu. Natijahnya ramai manusia berpengetahuan dan mempunyai kesedaran terhadap agama, dan tanahair pada masa itu. Saya melihat ini sebagai suatu yang wajib dijadikan panduan.

Berkisar dengan fungsi masjid masa kini, Alhamdulillah sudah ada masjid yang mencontohi masjid semasa zaman Rasululah dulu. Apa yang dilakukan masjid sekitar KL dan Selangor ialah menggerakkan aktiviti masyarakat semaksimum mungkin. Saya lihat ia nampak sangat harmoni. Antara aktiviti menarik yang mungkin boleh dijadikan contoh di tampat lain barangkali ialah :
  • Mengadakan kelas-kelas fardu ain dan fardu kifayah secara konsisten. Mengambil contoh sebuah masjid di Taman Melawati, aktiviti migguannya sangat-sangat menarik iaitu mengadakan kursus membaikpulih kenderaan. Ia terbuka kepada penduduk sekitar tak kira apa pun agama dan anutan mereka. Kan nampak indah islam tu. Tak ada la nampak macam masjid tu tempat orang islam je.
  • Mengadakan Forum kesedaran berkenaan kesihatan, aurat, ibadat, perbandingan agama dan bermacam-macam lagi yang dibincangkan secara ilmiah. Penceramahnya juga terdiri daripada orang bukan islam yang pakar-pakar dan boleh berbahas dengan baik. Sekali lagi fungsi masjid nampak cantik. Orang islam dan bukan islam dapat memahami satu sama lain. Harapannya dengan aktiviti ini akan membuka minda dan hati bukan islam mencintai masjid dan seterusnya mencintai agama Allah ini.
  • Menjemput masyarakat bukan islam dalam aktiviti masjid seperti sukan dan majlis-majlis menyambut hari kebesaran Islam seperti Maulidurrassul, Maal Hijrah, Hari Raya dan sebagainya. Bila pimpinan masjid aktif menjemput mereka yang bukan islam menyertai komuniti islam, mereka sebenarnya merasa sangat-sangat dihargai dan akan menghadirkan diri. Tak percaya cubalah buat. 
Banyak lagi aktiviti yang saya lihat ini akan menaikkan lagi Syiar Islam di Malaysia. Syiar islam mungkin akan tertegak jika kita berusaha tanpa jemu menaikkannya. Usaha yang sedikit mungkin akan merubah seluruh masyarakat Malaysia pada masa hadapan. 

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment: