.

01 July 2010

65% Pelajar Wanita Masuk U

3
Thursday, July 01, 2010
Bismillah,
Woh! Mana peginya pelajar lelaki ni? Ikut berita tergempar dari Berita Hairan sebanyak 65% Pelajar wanita mendominasi kemasukkan ijazah pertama ke universiti. Sesuatu yang membanggakan. Persoalannya di manakah pelajar lelaki?

Mungkinkah satu hari nanti semua universiti dikongker oleh wanita? Kepimpinan dalam pekerjaan dimonopoli oleh wanita? Teraju negara diambil wanita? dan yang paling menakutkan adalah kuasa rumahtangga akan jatuh di tangan wanita.... huhuhu mengerikan.

Tapi kan.. bukan perlu pun ambik pelajar lelaki ramai-ramai masuk U. Kalau semua lelaki dapat masuk U kesian la kat kolej-kolej kemahiran. OOOO.... rupa-rupanya lelaki sukakan pelajaran yang hands on. Tak suka la dengan kuliah, assigmen, baca buku tebal-tebal. Walaupun ramai pelajar lelaki kat kolej kemahiran ni, masih lagi orang asing yang bermaharajalela kat tapak pembinaan. Mana perginya lelaki ni? Sekali lagi jadi persoalan.

Beginilah situasi genting sebuah negara Malaysia. Ops... seluruh dunia kot. Nanti saya carikan statistik kemasukkan kat Universiti Oversea. Dorang pon cam kita kot. Pempuan mendominasi kemasukkan ke U. Tak kesah la. Sapa-sapa masuk Universiti pun takpe. Asalkan kuar jadi orang yang berguna ok la. Jangan kat dalam Universiti tu buat masalah udahla. Aku sekeh kang. Ni kang kat U ada scandal ngan lecturer la, bercouple sampai berzina la, mengandung tanpa nikah la... macam-macam lagi gejala sosial sekarang ni expecially pelajar U. So sapa yang dapat masuk U tu berfikirlah seperti orang terpelajar. Jangan ikut NAFSU.

Tahniah semua yang dapat masuk UNIVERSITI. Ingat! Anda BELUM DIJANJIKAN PEKERJAAN yang sempurna walaupun anda CEMERLANG kat Universiti. Tapi kalau anda GAGAL CEMERLANG janganlah berputus asa. Cuba lagi tempat lain. Mungkin kat U Obesi pulak.

Wassallam.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

3 comments:

  1. akhir zaman la katakan
    perempuan lebih dari lelaki

    ReplyDelete
  2. biase la tuh
    sume u mcm tu :)

    ReplyDelete
  3. Selalunya peratusan sebegini normal..:)

    ReplyDelete