.

24 June 2010

Menjadikan Hidup Lebih Bermakna

1
Thursday, June 24, 2010
Hidup tak bermakna jika kita tak memberikannya makna. Hidup terasa hambar jika tidak diisi aktiviti mencabar. Bayangkan anda bangun setiap pagi, bekerja, balik semula ke rumah, malam pulak tengok tv lepastu tidur. Aktiviti rutin macam tu sangat membosankan. Hujung minggu pulak tak ada nak buat apa. Penghabisnya, anda tidur sampai pagi isnin. Bangun2 terus kerja semula.

Banyak aktiviti yang boleh kita isi untuk menghilangkan kebosanan. Bersosial, tolong emak, tolong istri, tolong orang, bersukan dan macam2 lagi aktiviti yang boleh membina sahsiah diri. Takda la kita asik terperuk kat rumah jer. Aktiviti tadi boleh dipecahkan lagi kepada aktiviti kecil yang akan mempelbagaikan lagi aktiviti tersebut.

Sebenarnya banyak manafaat daripada aktiviti bersosial. Bersosial di internet pun boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang tu. Tapi jangan lama sangat. Bersosial dalam erti kata sebenar ialah face 2 face. Contohnya kita boleh berjemaah di surau dan masjid, menghadiri majlis ilmu, gathering dengan kawan2 dan banyak lagi yang tak tertulis. Kalau beriadah tu elok la dengan keluarga dan kawan2. Bawak mereka berjogging kat tasik, berenang dan berbasikal. Aktiviti seumpama ini bukan saja menyihatkan tapi akan menambahkan kenalan.

Hujung minggu kita yang terluang tu elok diisi dengan menolong orang. Ajak la beberapa rakan atau keluarga melawat rumah orang2 tua dan anak yatim. Kat sana macam2 aktiviti boleh dibuat. Tambah sikit pahla tu. Kalau taknak melawat tempat cam tu, buatla lawatan ke pantai terdekat. Kat sana cuba kumpulkan sampah2 dan bersihkan pantai dari pencemaran.

Hahaha amacam? Ada berani ka buat semua ni. Kalau tak cuba tak tau la kan. Isilah masa anda sepenuhnya dengan aktiviti berfaedah. Jangan buat benda tak senonoh sudah la.
Sekian, selamat mencuba.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment:

  1. Gambar tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati

    ReplyDelete