.

16 June 2010

Manafaatkan Cuti

0
Wednesday, June 16, 2010
Cuti sekolah ni aku manafaatkan dgn aktiviti percutian. Cuti-cuti msia la katakan. Kebetulan hujung mgu aku takda kelas. Bolehla bercuti sambil-sambil. 

Terasa berharga sangat masa yang ada. Kali ni lepas je balik dari kenduri kawin di changkat lada aku terus ke Penang. Melawat Tjg Bungah, Btu Ferenggi dan sempat lawat sanak saudara belah mak mentua aku. Pendek kata cuti yg terhad aku guna sepenuhnya. 

Balik dari penang aku singah kat Cameron. Memenuhi hasrat isteri tersayang. Bermalam di sana.. Nasib baik ada lagi bilik kosong kat tempat biasa aku menginap di Country Lodge Resort Hotel tu. Kalau tak singah je la beli sayur. Hehehe. Kat CH dapatla merehatkan badan sepuas-puasnya. 

Aktiviti utama adalah shoping sayur-sayuran segar. Dah puas shoping dan makan strawberi aku pun balik la ke KL. Ujan lebat sepanjang jalan menyukarkan perjalanan. Dari Spg Pulai ke Tol Jln Duta 4 jam. Lama tu. Biasanya kalau tak da apa2 ditgh jalan dari Duta ke Bdr Bahru pun cuma 3jam. Huh! Perjalanan yg menyeksakan. Sampai umah dah malam. Aku bercadang nak ke Redang plak cuti ujung thn ni sblm aku praktikal kat sekolah awal tahun depan.. Jom Cuti-cuti Malaysia...

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: