.

25 June 2010

Ayam

1
Friday, June 25, 2010
Hari ini 25.06.2010 ramai orang sibuk memperkatakan harga ayam nak naik. Ini berikutan tindakan kerajaan yang akan menghapuskan harga siling ayam. Kebimbangan tak berasas rakyat malaysia adalah berkenaan kenaikkan ayam yang dijangka mencecah RM10 sekiligram. Penentuan pasaran membimbangkan mereka. Disebalik penentuan harga ayam mengikut harga pasaran, ada kebaikkan yang pengguna akan dapat. Harga ditentukan sepenuhnya oleh pengguna tanpa ada campurtangan kerajaan. Oleh itu kalau peniaga menaikkan harga sesuka hati, pengguna juga berhak untuk tidak membeli. Jika berlaku situasi dimana ayam tiada pembeli, penjual terpaksa juga menurunkan harga ayam kerana tiada harga minimum ditetapkan. Janganlah risau dengan cadangan kerajaan untuk menghapuskan harga siling ayam. Kebimbangan itu tak bermakna kalau kita terus berkeras nak makan ayam setiap hari tanpa menunggu harga ayam turun.
(Gambar : Kosmo Online)

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment: